Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"RIUH Pitstop" Bawa Kelainan, Gabungan Industri Kreatif Tempatan Dengan Aksi Perlumbaan Di Sepang

RIUH Pitstop

KUALA LUMPUR, 2 Oktober 2026 – RIUH kembali menerusi RIUH Pitstop, sebuah inisiatif yang menggabungkan industri kreatif tempatan dengan kemeriahan aksi perlumbaan di Sepang, yang akan berlangsung pada 3 hingga 4 Oktober 2026, dari pukul 1.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam di Raintree Plaza, The Exchange TRX, Kuala Lumpur.

Edisi kali ini bakal menghimpunkan sebanyak 60 jenama tempatan, termasuk pilihan jenama fesyen, gaya hidup serta makanan dan minuman tempatan. Pengunjung juga boleh menyertai lebih 30 bengkel , merangkumi 20 bengkel kreatif dan 10 bengkel kanak-kanak yang menawarkan pelbagai pengalaman seni dan budaya kreatif.

Selain itu, para pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan daripada barisan artis terkenal termasuk Dayang Nurfaizah, Sonaone, Jumero, Woshijay, Kicau Bilau serta Orang Orang Drum Theatre.

RIUH Pitstop

Turut memeriahkan RIUH Pitstop ialah persembahan komedi yang menampilkan aksi spontan dan interaktif untuk menghiburkan para pengunjung.

Dengan gabungan pelbagai pengalaman kreatif, persembahan, bengkel, jenama tempatan serta hiburan, RIUH Pitstop menawarkan pengalaman hujung minggu yang meriah untuk seisi keluarga di samping menyokong bakat serta perniagaan kreatif tempatan.

Orang ramai diundang hadir untuk menikmati pelbagai aktiviti, persembahan, jenama tempatan dan pengalaman kreatif yang disediakan sepanjang acara. Masuk adalah percuma.

Maklumat lanjut mengenai RIUH Pitstop boleh diperoleh menerusi platform media sosial Facebook, Instagram dan TikTok @riuhinthecity.