Siakap Keli
shuib mimpi sarah
Gambar: Instagram Shuib Sepahtu

“Dia Sedang Senyum Dekat Saya..” Shuib Luah Bertemu Siti Sarah Dalam Mimpi

“Dia Sedang Senyum Dekat Saya..” Shuib Luah Bertemu Siti Sarah Dalam Mimpi

Rindu pada insan tercinta yang telah terpisah dari dunia seperti rindu yang tiada noktah. Lebih-lebih mereka adalah insan yang sentiasa menemani kita pada sepanjang waktu.

Begitulah cerita yang dikongsikan oleh pelakon dan penyampai radio, Shuib Sepahtu apabila bertemu dengan arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin dalam mimpi.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 40, menerusi satu hantaran di Instagram Story berkata dia beberapa kali memasang hasrat mahu mimpi arwah.

Gambar: Instagram Shuib Sepahtu

“Saya mimpi Sarah, so mimpinya apa? Saya mimpi saya pergi satu pulau. Saya nak ke kem, ada ramai orang.

“Selepas habis kem, dalam kelas tu saya cepat-cepat buka beg cari telefon sebab dah jadi kelaziman sebelum ni kalau pergi mana-mana outstation ke apa.

“Lepas habis kerja saya akan call Sarah. So masa tu buka beg cari handphone, hati cakap oh… telefon Sarah. Pastu saya cari telefon dan telefon tu ada tiga.

“Masa tu saya fikir, mana satu telefon yang ada nombor Sarah ni. So selepas itu, saya cari-cari la telefon tu. Ada satu telefon warna hitam kalau tak silap.

“Saya buka telefon sebab cari simkad. Selepas itu, bila simkad ada dalam telefon tu saya cari nama Sarah.

“Saya save nama dia Ibu Sayang. Saya cari-cari dapat nombor telefon tu, nak call tak dapat-dapat. Bunyi macam tak angkatlah,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Mimpi bersambung 

Bagaimanapun, mimpi tersebut tertunda di situ selepas isterinya, Watie membangunkannya untuk bersahur.

Tetapi, dia tidak menyangka mimpi itu bersambung kembali selepas terlelap sejurus anak-anak pergi ke sekolah.

BACA:Jangan Teruskan Pemanduan Kalau Lampu ‘Temperature’ Menyala, Ini Perkara Yang Perlu Dilakukan

“Dalam pukul 8 lebih macam tu saya terlelap, saya sambung mimpi rupanya. Saya sambung mimpi apa?

“Dalam mimpi tu saya pegang iPad sebab iPad itu memang iPad arwah, ada sampai sekarang. Saya dalam kereta dengan kawan-kawan. Masa itu memikirkan kenapa Sarah tak call balik. Kenapa aku call tak dapat.

Suddenly, dekat iPad tu keluar nama Ibu Sayang call, dan dalam masa yang sama juga, saya keluar satu gambaran yang dia sedang senyum dekat saya,” katanya lagi.

Gambar: Instagram Shuib Sepahtu

Ujar pelawak itu, dia melihat gambaran wajah isterinya memakai pakaian putih seperti yang dipaparkannya dalam video arwah menyanyikan lagu Tanpa Kekasihku yang dimuat naik di Youtube.

Kata Shuib, sebelum ini dia sememangnya mahu arwah muncul dalam mimpinya dan pada kali ini, impiannya untuk bertemu isterinya tercapai.

Sumber: Instagram Shuib Sepahtu

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?