Siakap Keli
individu terkaya malaysia 2024
Gambar: AFP & SCMP

Kenali 10 Individu Terkaya Di Malaysia Tahun 2024

Kenali 10 Individu Terkaya Di Malaysia Tahun 2024

Setiap orang pastinya memasang impian untuk memiliki aset dan harta kekayaan. Bahkan kita pastinya mencari jalan dalam membuka peluang untuk meningkatkan jumlah aset yang dimiliki.

Oleh itu, setiap hari kita bekerja keras dalam menjana pendapatan harian. Namun pernahkah anda terfikir siapakah individu yang memilliki jumlah kekayaan paling banyak dalam negara ini?

Menurut Forbes, kekayaan kolektif 50 keluarga dan individu terkaya di Malaysia dianggarkan berjumlah kira-kira RM385.7 bilion pada tahun 2023.

Oleh itu, mari kita kenali siapa 10 keluarga dan individu yang terkaya di Malaysia pada tahun ini.

1. Robert Kuok 

Gambar: SCMP

Individu yang memegang gelaran hartawan di Malaysia ialah Robert Kuok.

Beliau yang juga digelar sebagai ‘Raja Gula’ (Sugar King) oleh rakyat tempatan kerana menguasai sebahagian besar perniagaan khususnya pengeluaran gula.

Beliau juga merupakan pengasas kepada hotel mewah Shangri-La. Meskipun nilai bersihnya menyusut lebih satu bilion sejak Mei tahun lalu, namun Robert Kuok masih mempunyai kekayaan bernilai AS$10.1 bilion (RM47 bilion).

2. Quek Leng Chan

Gambar: AFP

Siapa yang tak kenal individu kedua terkaya di Malaysia ini, Quek Leng Chan.

Beliau merupakan pengasas bersama Hong Leong Co sejak 1966, yang mengawal 14 syarikat berkepentingan dari bidang makanan dan minuman hingga ke hartanah.

Menurut laporan Forbes, ia menganggarkan jumlah kekayaan Quek bernilai AS$9.9 bilion (RM46 bilion).

3. Keluarga Koon Poh Keong

Gambar: X @jeffrazi

Koon Poh Keong merupakan pemegang syarikat aluminium Press Metal Aluminium Holdings bersama empat adik-beradiknya dan merupakan ketua pegawai eksekutif di syarikat tersebut.

Syarikat ini ditubuhkan sejak 1986 dan teguh berdiri hingga sekarang. Koon Poh Keong dan adik-beradiknya dianggarkan memiliki jumlah kekayaan sebanyak AS$5.8 bilion (RM27 bilion).

BACA: Ambil Tahu, Ini Maksud Simbol-Simbol Pada Meter Kereta 

4. Keluarga Teh

individu terkaya malaysia 2024
Gambar: SCMP

Pada tahun 1966, Teh Hong Piow telah menubuhkan Public Bank yang terkenal hingga ke hari ini.

Bagaimanapun, pada Disember 2022 beliau telah meninggal dunia. Selepas kematian mendiang, giliran empat anaknya Lilian, Lillyn dan Diona (perempuan) dan Wiliam (anak lelaki) mewarisi kekayaan bapanya.

Jumlah harta yang dimiliki oleh keluarga ini adalah sebanyak AS$5,2 bilion (RM24 bilion)

5. Ananda Krishnan

individu terkaya malaysia 2024
Gambar: AFP

Ananda Krishnan pemilik kepada syarikat gergasi telekomunikasi Maxis dan Bumi Armada antara individu terkaya di Malaysia.

Meskipun berdepan cabaran dalam sektor ini, nilai kekayaan Ananda masih mencecah AS$4.7 bilion (RM22 bilion) sehingga Februari lalu, lapor Forbes.

6. Lee Yeow Chor & Lee Yeow Seng

Gambar: Instagram @datukhensem & Instagram @ChiddyModu

Mewarisi Syarikat daripada mendiang bapanya Lee Shin Cheng, kedua-dua mereka menfokuskan syarikat itu dalam pengeluaran minyak sawit.

IOI Corporation mempunyai kepentingan pembangunan hartanah di seluruh Asia. Mereka juga antara individu yang menyumbang dalam pembiayaan pembangunan sekolah komuniti Cina di Malaysia.

Mereka memaklumkan tindakan tersebut adalah meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh mendiang bapa mereka dalam pendidkan. Jumlah kekayaan yang terkumpul oleh dua beradik ini adalah US$4.6 billion (RM21 bilion).

7. Chen Lip Keong

individu terkaya malaysia 2024
Gambar: Josh Ye

Chen Lio Keong merupakan pengasas kasino NagaCorp, dan mempunyai nilai AS$2.8 bilion (RM13.23 bilion), menurut Forbes.

Difahamkan, beliau pada awalnya merupakan seorang doktor dan memgambil keputusan untuk menukar bidang menjadi pengasas NagaCorp.

8. Lim Kok Thay

Gambar: Bloomberg

Tahukah anda sebenarnya Lim Kok Thay adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Genting.

Kebijaksanaannya dalam mengatur strategi sewaktu dan selepas pasca pandemik berjaya mengumpulkan nilai kekayaan bernilai AS$2.3 bilion (RM10.87  bilion).

BACA JUGA: Tular Video Lama, Produk Telah Dilupuskan Secara Tertib – MR DIY

9. Tan Yu Yeh, Tan Yu Wei Dan Keluarga

individu terkaya malaysia 2024
Gambar: Instagram @jeffrazi

Tan Yu Yeh, Tan Yu Wei dan keluarga adalah pakar dalam bidang peruncitan. Mereka juga pemegang kepada kedai perkakas dan alatan rumah MR D.I.Y .

Difahamkan, lebih 2,000 cawangan kedai itu dibuka bukan sahaja di Malaysia malah merentasi Asia. Jumlah aset yang dimiliki oleh keluarga ini adalah US$1.9 billion (RM8 bilion).

10. Chia Song Kun Dan Keluarga 

individu terkaya malaysia 2024
Gambar: Astro Awani

Syarikat QL Resources merupakan sebuah firma pengeluar makanan laut yang diasaskan oleh Chia Song Kun.

Syarikat ini merupakan pengeluar pes ikan terbesar di Asia Tenggara yang digunakan dalam pembuatan daging ketam tiruan dan produk makanan laut palsu yang lain.

Bukan sahaja menfokuskan dalam bidang makanan laut, ia juga merangkumi barangan makanan lain, termasuk minyak sawit dan makanan ternakan.

Jumlah kekayaan terkumpul keluarga ini dianggarkan mencecah US$1.8 billion (RM8 bilion).

Sumber: South China Morning Post (SCMP)

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?