Siakap Keli

Suami Pening Isteri Nak Tukar Perabot Setiap Kali Raya? Ini Cara Nak ‘Kautim’ Tanpa Keluar Modal

Walaupun Ramadan baru sahaja kunjung tiba, sebenarnya ramai sudah berkira-kira dan membuat persiapan raya, kan?

Untuk hari-hari yang mendatang ini, perkara-perkara seperti nak beli kuih apa dan baju raya warna apa adalah hal-hal yang akan jadi keutamaan ramai orang.

Itu belum lagi ambil kira tentang rumah. Perabot-perabot lama yang ada mestilah nak ditukar dengan perabot terkini, barulah ada feel raya.

Kalau tanya pada isteri, pasti laju je nak tukar lagi perabot tahun ini. Boleh pening kepala si suami kalau dijawab ‘Ya’ nanti.

Yelah, mana nak cekau duit ni, anak-anak pun baru je masuk sekolah. Banyak nak pakai modal.

Mujurlah, sebenarnya ada cara untuk abang-abang gembirakan isteri, tukar perabot baharu di rumah sempena raya tanpa mengeluarkan satu sen modal pun.

Jangan terkejut, betul memang korang tak salah baca.

Senang je, caranya dengan korang menyertai kempen MYDIN Penuhi Perabot Impian yang tengah hot dekat media sosial sekarang ini.

Melalui kempen dengan kerjasama COURTS ini, korang berpeluang memenangi baucar perabot bernilai RM3,000.

Okay, jadi macam mana nak menang baucar bernilai RM3,000 ini?

Hanya ada tiga benda je korang kena buat, dan korang berpeluang menjadi antara 10 orang penerima bertuah baucar ini.

Pertama: Klik pautan Messenger di hantaran Facebook MYDIN Malaysia.

Kedua: Ceritakan impian perabot korang melalui Messenger tersebut. Pastikan tidak melebihi 80 patah perkataan.

Ketiga: Follow & Like halaman Facebook MYDIN dan COURTS.

Mudah je kan. Langsung tak perlu keluar modal apa-apa. Tapi jangan lambat-lambat tau, sebab kempen ini hanya berlangsung sehingga 23 Mac ini je.

Jadi, cepat-cepat ke laman Facebook MYDIN, kemudian tekan butang Messenger pada hantaran MYDIN dan segera ceritakan impian perabot korang, okay.

Selain baucar RM3,000 ada banyak lagi aktiviti menarik yang ada

Bukan baucar RM3,000 itu je tau yang MYDIN tawarkan sempena Aidilfitri ini. Sebenarnya, banyak lagi aktiviti menarik yang ada dan boleh korang sertai sempena MYDIN Happening Raya yang berlangsung sehingga 11 Mei ini.

Korang juga berpeluang menikmati cashback apabila berbelanja dan membuat pembayaran menggunakan e-wallet di MYDIN.

Jika korang berbelanja minimum RM50 dan bayar guna Boost, korang akan menikmati cashback sebanyak RM50.

Melalui SPayLater pula, diskaun RM5 akan diberikan dengan perbelanjaan minimum RM50. Selain itu, korang juga dapat menikmati 0 kos apabila memilih opsyen bayar bulan depan dalam SPayLater.

Selain itu, MYDIN juga akan mengedarkan sebanyak 40,000 pek bubur lambuk kepada penduduk-penduduk yang tinggal berdekatan dengan cawangan-cawangan MYDIN di seluruh negara.

MYDIN juga ada bawakan Bazar Ramadan yang menampilkan juadah-juadah disediakan oleh TikTokers terkenal tanah air.

Antaranya Hamdan Mubarak dengan menu ikan bakar portugis dan ayam masak cili api. Ada juga Limau Nipis yang akan menyediakan juadah Hwachae serta kerabu udang, tauhu dan taugeh.

Hazwan Ramli dan Soya Belacan juga akan tampil dalam program Bazar Ramadan oleh MYDIN ini.

Melalui program Maknakan Aidilfitri pula, MYDIN akan mengagihkan barang keperluan raya kepada 1,000 penerima di terpilih yang tinggal berdekatan cawangan-cawangan MYDIN, terdiri daripada keluarga B40 dan mereka yang tidak bernasib baik.

Menerusi program Maknakan Syawal pula, MYDIN menyeru semua pelanggannya untuk turut sama-sama menyumbang atau bersedekah kepada insan yang memerlukan.

Caranya mudah sahaja, korang cuma perlu membeli produk-produk daripada jenama-jenama yang menyertai program ini.

MYDIN juga akan menganjurkan Jelajah Iftar Ala Madinah dimana korang dijemput untuk sama-sama berbuka puasa di 7 cawangan MYDIN yang terpilih.

Seleksi baju raya Mikayla & Mikhail 2024

Untuk maklumat lanjut tentang baucar dan kempen-kempen ini, korang boleh semak di Facebook MYDIN Malaysia.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.