Siakap Keli
umrah sekali ramadan
Kredit: Bernama

Elak Kesesakan, Arab Saudi Tak Benarkan Jalani Ibadah Umrah Berulang Kali Ketika Ramadan

Elak Kesesakan, Arab Saudi Tak Benarkan Jalani Ibadah Umrah Berulang Kali Ketika Ramadan

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan bahawa ibadah umrah tidak boleh dilakukan berulang kali pada Ramadan tahun ini.

Menurut Saudi Gazette, peraturan ini diumumkan bagi membendung kesesakan di Masjidil Haram, Mekah pada bulan suci ini, yang menandakan musim puncak umrah tahun ini.

“Kebenaran untuk menjalani ibadah umrah sebanyak dua kali atau lebih tidak akan dikeluarkan sepanjang bulan suci ini.

“Tindakan ini adalah untuk mengurangkan kesesakan dan memberikan peluang kepada jemaah lain untuk menjalankan ibadah umrah dalam keadaan mudah dan selesa sewaktu Ramadan,” jelas kementerian itu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan.

Jemaah diminta mohon kebenaran umrah menerusi aplikasi Nusuk

Untuk makluman, setiap individu yang ingin menjalani ibadah umrah perlu mendapat kebenaran yang dimohon daripada aplikasi Nusuk terlebih dahulu.

Sambil menekankan keperluan untuk mendapatkan permit yang dikeluarkan oleh Nusuk, kementerian terbabit turut menggariskan kepentingan untuk mematuhi masa yang ditetapkan untuk menjalani ibadah tersebut.

Sementara itu, aplikasi Nusuk tidak menawarkan pilihan untuk mengubah tarikh janji temu yang dipilih jemaah untuk menjalani ibadah Umrah. Akan tetapi, para jemaah boleh membatalkan slot janji temu sebelum waktu yang diperuntukkan untuk slot terbabit.

Selepas membatalkan slot, jemaah boleh memohon kebenaran baharu bergantung pada slot yang masih tersedia, tambah kementerian.

Sewaktu Ramadan, penganut agama Islam dari seluruh dunia akan datang berpusu-pusu ke Masjidil Haram di Mekah untuk menjalani ibadah Umrah dan berdoa di hadapan Ka’bah.

Bagi menampung peningkatan para jemaah ini, pihak berkuasa Arab Saudi telah mendedahkan beberapa langkah intervensi bagi memastikan para jemaah dapat beribadah dengan khusyuk dan selesa.

Halaman tawaf masjid di sekitar Kaabah dan tingkat bawah diperuntukkan untuk jemaah umrah pada bulan Ramadan.

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa juga telah memperuntukkan pintu-pintu tertentu di masjid yang luas untuk tujuan keluar masuk jemaah.

BACA: Tiga Penjaga Gol Pura-Pura Cedera, Beri Ruang Untuk Pemain Muslim Berbuka Puasa

Sumber: Saudi Gazette & Gulf News

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.