Siakap Keli
Beratus Ikan Sedang Melompat
Kredit: @nestaangga via TikTok

Penduduk Kampung Gempar, Ratusan Ikan ‘Berenang’ Atas Jalan Cetus Misteri

Penduduk Kampung Gempar, Ratusan Ikan ‘Berenang’ Atas Jalan Cetus Misteri

Semua hidupan di atas muka bumi ini sama ada manusia, haiwan ataupun tumbuhan, semuanya memerlukan air untuk meneruskan hidup.

Misalnya kita sebagai manusia, apabila tubuh badan kita tidak mendapatkan sumber air yang mengcukupi untuk tempoh yang lama, nescaya kita menjadi lemah.

Haiwan seperti ikan pula sangat memerlukan sumber air kerana haiwan ini bernafas dengan insang dan mendapat bekalan oksigen melalui air.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan ada ikan yang mampu bertahan di luar kawasan berair untuk satu tempoh hingga berjam-jam lamanya.

Beratus ikan sedang melompat di atas jalan

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan beratus-ratus ikan sedang ‘berenang’ atau melompat atas jalan di negara jiran, Indonesia. Kejadian berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaunnya, @nestaangga.

Dianggap jarang terjadi, ramai yang tertanya-tanya bagaimana ‘fenomena’ tersebut boleh berlaku. Malah, ada juga yang mula menimbulkan pelbagai spekulasi termasuk mendakwa kejadian itu menjadi petanda ada bencana bakal berlaku.

Tak kurang juga, ada yang menyimpulkan apa yang berlaku sebagai satu kejadian mistik dan mengingatkan orang ramai berhati-hati dengan perkara yang tidak baik.

Bagaimanapun, kehadiran ikan berkenaan juga dianggap sebagai rezeki bagi penduduk yang tinggal berdekatan lokasi kejadian.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat beberapa individu sedang asyik mengutip ikan-ikan yang sedang melompat itu.

Sejak dimuat naik beberapa hari lepas, video berkenaan pantas menjadi viral dan berjaya mendapat lebih 2.7 juta tontonan dalam masa yang singkat.

Menjengah ke ruang komen, pelbagai komentar ditinggalkan oleh pengguna-pengguna TikTok pada video berkenaan.

“Selalu berdoa semoga selalu diberi keselamatan, dijauhkan bala bencana, itu petanda,” komen seorang warga maya.

“Bukan tanda alam sayang, ini namanya migrasi. Sama ada untuk bertelur atau menuju perairan baru, seperti ikan salmon,” komen lagi seorang warga maya.

Dipercayai ikan yang sedang melompat itu merupakan ikan puyu/betik

Menurut portal Liputan6, kejadian ikan puyu di ditemui di jalanan merupakan perkara biasa di Merauke, Papua Selatan.

Ikan puyu sememangnya diketahui mempunyai ketahanan yang tinggi dan dapat hidup di luar kawasan berair untuk tempoh yang agak lama.

Manakala ikan-ikan berkenaan dipercayai melompat melintasi jalan tersebut untuk menuju satu kawasan paya yang lebih berair.

Selain itu, ikan-ikan berkenaan juga boleh jadi terperangkap di daratan selepas air di kawasan berkenaan surut.

@nestaangga

Ikan berhamburan di jalanan #rawabiru #merauke_papuaselatan

♬ suara asli – Nesta – Nesta

BACA: Ramai Tak Tahu, Rupanya Ini Maksud Papan Tanda “AH” Di Lebuhraya

Sumber: @nestaangga via TikTok, Liputan 6

Athirah

When nothing goes right, go left.