Siakap Keli
sarung tangan kuning makanan
Kredit: AFP

Sarung Tangan Kuning Tidak Sesuai Untuk Pengendalian Makanan – KKM

Sarung Tangan Kuning Tidak Sesuai Untuk Pengendalian Makanan – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning tidak sesuai untuk digunakan dalam pengendalian makanan.

KKM telah mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi sebuah hantaran di laman X (@KKMPutrajaya) pada hari ini.

Jelasnya, sarung tangan berwarna kuning yang berada di pasaran adalah untuk kegunaan pencucian. Oleh sebab itu, penggunaannya semasa mengendalikan makanan adalah tidak bersesuaian.

BACA: “Seeloknya ‘Mittens’ Ni Pakai Jarang-Jarang,” Doktor Ini Dedah Kesan Pemakaian Sarung Tangan Pada Bayi

Sehubungan itu, para pengendali makanan di Malaysia disarankan untuk menggunakan sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove).

Pemilihan sarung tangan jenis ini merupakan pilihan paling selamat kerana tidak meninggalkan bendasing pada makanan yang disediakan.

“Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.

Hanya pakai sarung tangan untuk sekali guna sahaja

“Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja.” jelas KKM menerusi kenyataannya.

Sehubungan itu, KKM turut menawarkan kursus Pensijilan Gred Makanan (Food Grade). Menerusi persijilan ini, pengendali makanan dapat mengenal pasti bahan, sama ada boleh bersentuhan atau sebaliknya dengan makanan yang disediakan.

Pengusaha industri makanan juga boleh memaparkan logo pensijilan tersebut pada produk makanan yang telah dipersijilkan.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut berkenaan persijilan ini boleh melayari laman web  Program Keselamatan Dan Kualiti Makanan, KKM untuk maklumat lanjut.

BACA JUGA: “Mall” Jual Baju Raya Bawah RM300 Untuk 4 Sekeluarga, Top 5 Fesyen Tahun Ini Pun Ada

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (@KKMPutrajaya) via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma