Siakap Keli
pelaburan asing RM76.1 bilion
Kredit: Bernama

Malaysia Berjaya Raih Potensi Pelaburan Asing Berjumlah RM76.1 Bilion Setakat Mac 2024 – PM Anwar

Malaysia Berjaya Raih Potensi Pelaburan Asing Berjumlah RM76.1 Bilion Setakat Mac 2024 – PM Anwar

PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) – Malaysia berjaya menarik potensi pelaburan asing berjumlah RM76.1 bilion setakat Mac ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata angka tersebut merupakan hasil kejayaan misi perdagangan dan pelaburan negara di Australia, Jerman dan Perancis.

Menurutnya, sambutan yang diberikan oleh negara-negara tersebut amat luar biasa dan ia adalah permulaan baharu bagi negara.

“Ini…(hasil) persiapan awal yang telah dilakukan oleh rakan-rakan kita di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Kementerian Luar serta agensi kerajaan lain termasuklah Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia.

“Umpamanya cip komputer, kita sudah lihat ia mampu diiktiraf sebagai tarikan pelaburan pertama di Asia dan ini bukan perkara yang mudah,” kata beliau pada Perhimpunan Bersama Warga Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Beliau berkata ini adalah hasil usaha kerajaan dalam menstabilkan politik dan mendapat kerjasama daripada penjawat awam serta matlamat dan dasar negara yang jelas.

BACA: Sarung Tangan Kuning Tidak Sesuai Untuk Pengendalian Makanan – KKM

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma