Siakap Keli
gsc tiga panggung wayang
Kredit: Capital Land

GSC Beri Penjelasan Punca Tiga Panggung Wayang Ditutup

GSC Beri Penjelasan Punca Tiga Panggung Wayang Ditutup

Golden Screen Cinemas (GSC) memberi penjelasan berkenaan penutupan tiga buah panggung wayang di beberapa lokasi yang diumumkan sebelum ini.

Antara panggung wayang yang ditutup adalah GSC 3 Damansara, GSC Heritage Mall Kota Tinggi dan Klang Parade.

Perkara ini telah mencetuskan desas desus dan spekulasi berkenaan pihak yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Susulan itu, pihak GSC telah tampil memberi penjelasan di sebalik penutupan tiga buah premis miliknya itu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Koh Mei Lee menjelaskan bahawa penutupan itu sebahagian daripada pelan strategik syarikat tersebut.

“Pelan penyatuan organisasi adalah sebahagian daripada pelan tindakan yang lebih besar untuk mengoptimumkan kecekapan operasi.” jelasnya.

Menurutnya, premis-premis yang ditutup baru-baru ini bertindan dengan beberapa lokasi premis pawagamnya yang berada berdekatan dengannya.

Menerusi pelan ini, kru-kru dapat difokuskan ke kawasan yang lebih strategik dan memiliki populasi penduduk yang lebih padat.

“Sebagai peneraju pasaran, fokus GSC adalah untuk membawa pengalaman hiburan terkini kepada penonton filem dengan mengambil kira perubahan permintaan pelanggan menerusi pemilihan lokasi yang tepat serta mengadaptasi terhadap keadaan pasaran terkini,” ujarnya.

Dalam pada itu, GSC turut menjelaskan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kadar kecekapan di premis-premisnya.

Antaranya, kemas kini terkini bagi aplikasi mudah alih GSC dan pengenalan kiosk pertiketan dan konsesi Gen 5.

“Penambahbaikan ini bertujuan untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat penonton filem di premis kami.

“Mengenaplasti perubahan dinamik terhadap citarasa pengguna dalam hiburan, kami telah berubah daripada sekadar menawarkan pengalaman sinematik kepada perjalanan hiburan yang komprehensif.

“Perubahan strategik ini dapat dilihat menerusi pelancaran Aurum Theatre, The Exchange TRX dan Velvet Cinemas by GSC, 163 Mont Kiara,” jelasnya.

Pada akhir kenyataannya, GSC mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan kongsi yang telah memberikan sokongan tidak berbelah bahagi.

GSC berkata bahawa pihaknya akan kekal komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk 53 premisnya di seluruh Malaysia.

BACA: Anak Muda Indonesia & Malaysia Bergabung Tenaga, Bersihkan Pantai Di Kuala Terengganu

Sumber: GSC

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma