Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Masuk je bulan Ramadan, maka antara perkara yang akan menjadi tumpuan orang ramai adalah bazar Ramadan. Mana tidaknya, merata tempat di seluruh Malaysia akan dianjurkan bazar Ramadan bagi memudahkan semua orang untuk mendapatkan juadah berbuka. Apa yang menariknya, bukan sekadar yang berbangsa Melayu sahaja berkunjung ke bazar Ramadan, malah ianya turut dikunjungi oleh semua kaum dan bangsa di Malaysia.
Bila bercakap tentang bazar Ramadan, pelbagai konsep telahpun diamalkan bagi menarik lebih ramai pengunjung. Ianya samalah seperti konsep yang agak ‘rare’ ini di mana bazar Ramadan ini menghidangkan juadah-juadah yang mendapat jutaan tontonan di aplikasi TikTok.
Kalau banyak views, mesti sedap dan menarik?
Biasanya kalau kita tengah main TikTok, pasti akan melihat juadah-juadah berbuka yang sedap-sedap sehingga rasa teringin. Jadi bila ada konsep bazar seperti ini, secara tak langsung resipi yang dikongsikan di dalam platform tersebut kini menjadi juadah di depan mata melalui bazar ini. Yang kongsikan resipi sehingga berjuta-juta tontonan itu pun bukan calang-calang orang, kebanyakan adalah pempengaruh yang selalu membuat ‘content’ masakan.
Menu apa ada dan siapa influencer?
Konsep yang diketengahkan dah menarik, tapi menu apa yang ditawarkan dan siapa empunya resipi? Okay antara influencer yang terlibat dalam bazar Ramadan ini adalah Hamdan Mubarak, Hazwan Ramli, Limau Nipis dan juga Soya Belacan. Jika diteliti di TikTok mereka, video-video resipi dan masakan sering mendapat tontonan yang tinggi malah ada yang mencecah jutaan tontonan.


Bagi Hamdan Mubarak, beliau mengetengahkan menu Ikan Bakar Portugis dan juga Ayam Goreng Cili Api. Sebelum itu, jangan lupa dengan tagline beliau yang sering disebut ialah “Bismilahh”.
Untuk Hazwan Ramli pula, beliau memperhidangkan menu Beef Bolognese dan juga Enoki Mushroom manakala Limau Nipis tawarkan Hwachae dan Kerabu udang, tauhu & taugeh. Bagi Soya Belacan pula, menunya adalah Telur Goreng Cuka serta Nasi Ayam Lemon Telur + Sup Sayur.




Mydin Anjur Bazar Ramadan Rahmah
Bila dah tahu menu dan tuan empunya resipi, mesti nak tahu kat mana pulak ianya dijualkan. Sebenarnya bazar Ramadan Rahmah yang mengetengahkan menu-menu daripada pempengaruh ini adalah anjuran daripada Mydin Malaysia di mana terdapat 28 lokasi sepanjang bulan yang mulia ini. Seperti yang semua sedia maklum, Mydin sentiasa menawarkan pelbagai hidangan-hidangan Rahmah bagi memastikan semua pelanggannya menikmati juadah yang enak ketika berbuka.
Mydin Subang Jaya,Selangor
Mydin Semenyih,Selangor
Mydin Seremban 2,N.Sembilan
Mydin Senawang,N.Sembilan
Mydin Mitc,Melaka
Mydin Jasin,Melaka
Mydin Pulau Sebang,Melaka
Mydin Kulai,Johor
Mydin Pelangi Indah,Johor
Mydin Mutiara Rini,Johor
Mydin Taman Rinting,Johor
Mydin Parit Buntar,Perak
Mydin Meru Raya,Perak
Mydin Manjoi,Perak
Mydin Gopeng,Perak
Mydin Bukit Jambul,Penang
Mydin Bertam,Penang
Mydin Bukit Mertajam,Penang
Mydin Jengka, Pahang
Mydin Taman Batik,Kedah
Mydin Taman Saga,Kedah
Mydin Kuala Terengganu
Mydin Kubang Kerian,Kelantan
Mydin Tunjong, Kelantan
Mydin Gong Badak,Terengganu
Mydin Samariang,Sarawak
Mydin Petra Jaya,Sarawak
Mydin Sejati Ujana,Sabah
Tak sah lah sebut pasal Mydin kalau bukan kerana penawaran diskaun dan ganjaran gila-gila daripada mereka. Sempena bulan puasa dan menjelang Hari Raya ini, Mydin menawarkan pelbagai promosi daripada barang basah sehinggalah ke baju raya di semua cawangannya. Namun, ada juga ganjaran untuk korang yang sentiasa mempraktikkan edompet ketika membuat sebarang pembayaran.
Bila korang dah ke Mydin untuk beli juadah berbuka ataupun barang keperluan lain, lebih baik gunakan e dompet sebab korang boleh menikmati pulangan tunai RM5 dengan membelanjakan minimum RM50 apabila buat pembayaran guna aplikasi Boost. Selain itu, korang juga boleh gunakan SPayLater dan dapat menikmati diskaun RM5 dengan perbelanjaan minimum RM50 serta 0 kos apabila bayar pada bulan hadapan.

Kalau masih mencari baju yang pertama, kedua, dan ketiga, korang memang patut beli di Mydin sebab sekarang Mydin tawarkan pelbagai koleksi pakai raya terbaharu dengan corak yang lebih elegan. Bila korang pegang jenis kain dan tengok pada harga, rasa seperti tak masuk akal kerana Mydin tawarkan baju sepasang dengan harga tak sampai RM100. Malah, korang siap boleh dapatkan baju sekeluarga sedondon raya ini di Mydin.
Jadi untuk korang yang nak cari juadah berbuka, tapi malas hendak berpanas-panas di bazar yang lain, korang memang kena datang Mydin sebab bazar di Mydin siap dalam aircond weh. Dah alang-alang tu terus shopping barang keperluan raya dan juga baju raya dengan pelbagai penawaran diskaun dan ganjaran.
Kalau nak tahu lebih lagi tentang bazar ataupun promosi Mydin, korang boleh layari laman Facebook Mydin di SINI.