Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Julie’s Meraikan Hari Raya Ini Dengan Mencabar Naratif Tradisional Dalam Filem Perayaan Sci-Fi Baharunya

Nurul Naqiyah

Julie’s Meraikan Hari Raya Ini Dengan Mencabar Naratif Tradisional Dalam Filem Perayaan Sci-Fi Baharunya

Kuala Lumpur, 25 Mac 2024 – Julie’s sekali lagi menggegarkan suasana Hari Raya dengan filem terbaharu mereka yang wajib ditonton, berjudul Iklan Raya A.I.dilfitri. Pelancaran filem yang dinanti-nantikan ini menyaksikan Julie’s meneruskan tradisinya dalam mendorong batas dan mencetuskan perbualan menerusi jalan cerita iklan yang menarik. Filem tahun ini menyelami topik norma dan stereotaip jantina, dan mempunyai naratif yang unik dimana penonton pasti tidak mahu ketinggalan menyaksikan filem ini.

Penonton akan dibawa mengikuti perjalanan pasukan pemasaran fiksyen Julie’s dalam proses penciptaan iklan Hari Raya yang sempurna menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) generatif, AdGPT. Filem ini menyelami perjuangan pasukan pemasaran ketika mereka cuba melepaskan diri daripada idea kuno cadangan AI yang menumpukan pada peranan jantina tradisional semasa musim perayaan. Walaupun mereka berusaha untuk menyunting gesaan teks dan kandungan secara manual, iklan yang dijanakan oleh AI tersebut tetap menekankan adegan stereotaip Hari Raya dimana kaum wanita memasak di dapur dan kaum lelaki menjalankan tugas yang lebih ringan di ruang tamu. AI itu juga terus mencadangkan pelbagai lagi adegan stereotaip lain yang mengukuhkan norma jantina yang lapuk.

julie's hari raya

Dalam plot twist yang menarik, pasukan pemasaran tersebut mendapati diri mereka tenggelam dalam alam AI apabila mereka cuba membaiki AI tersebut. Di sana, mereka bertemu dengan seorang kanak-kanak yang merupakan penjelmaan AI. Melalui pertemuan ini, mereka menyedari bahawa hasil stereotaip jantina yang dijanakan oleh AI itu berpunca daripada pandangan stereotaip yang tertanam di masyarakat sejak bertahun lama. Di sebalik semua itu, mereka menemui harapan dimana pandangan lapuk sebegini boleh diubah. Melalui naratif dan peneguhan positif, kecenderungan negatif ini boleh berubah terutamanya semasa musim perayaan seperti Hari Raya yang menekankan pemaafan dan pembaharuan.

Tzy Horng Sai, Pengarah Julie’s Biscuits berkata, “Ini merupakan tahun keempat Julie’s menghasilkan filem perayaan seperti ini. Kami ingin terus menggunakan platform Julie’s untuk mencetuskan perbualan yang bermakna dan mendorong perubahan positif. Dalam menghasilkan filem tahun ini, kami berhasrat untuk meyedarkan masyarakat bahawa mereka telah memainkan peranan dalam meneruskan budaya stereotaip jantina lapuk yang wujud, sambil menyokong kesaksamaan jantina dan menghormati tradisi perayaan. Kami berharap filem ini bukan sekadar hiburan; malah ia boleh dijadikan inspirasi untuk perubahan yang positif. Pengajaran dan pemodelan kesaksamaan jantina ini harap dapat membantu mencipta masa depan yang tiada ketidaksamaan jantina, di mana wanita dan lelaki boleh menyumbang secara sama rata melalui cara mereka sendiri.”

Filem ini dihasilkan bersama GOVT Singapore, sebuah agensi kreatif di sebalik kebanyakan kempen perayaan Julie’s sebelum ini. Kevin Poh, Pengarah Kreatif Kumpulan GOVT mengulas mengenai proses penciptaan filem ini, “Apabila kami mula membuat sumbang saran untuk filem ini, kami dikelilingi oleh perdebatan dan perbincangan tentang AI dan ia telah mencetuskan minat kami untuk mengetahui tentang

diskriminasi jantina dan budaya yang terdapat dalam AI. Melalui eksperimen yang dijalankan, kami dapat melihat bahawa hasil janaan AI itu memang mengandungi unsur unsur stereotaip jantina walaupun gesaan teks kami diubahkan. Dari eksperimen itu, kami menyedari bahawa AI belajar daripada manusia dan mencerminkan kecenderungan kami. Berita baiknya ialah, AI boleh belajar untuk mengabaikan diskriminasi jantina tersebut jika manusia mengajarnya. Memandangkan Hari Raya juga adalah perayaan tentang pembaharuan, kami berpendapat bahawa ini adalah masa yang tepat untuk merenung kembali isu ketidaksamaan jantina ini dan mencipta tradisi baharu menerusi cara kita melihat dan bercakap tentang jantina – dalam erti kata, secara meta, yakni merenung diri sendiri.”

Sertai Julie’s dalam membayangkan semula naratif Hari Raya dan mencipta tradisi baharu yang lebih inklusif dan sama rata untuk semua. Iklan Raya A.I.dilfitri ini kini boleh ditonton melalui saluran YouTube rasmi Julie’s.

Bagi pelanggan yang sedang memulakan persiapan Hari Raya mereka, boleh membeli Julie’s Love Letters dalam bungkusan tab mudah alih yang sesuai dijadikan buah tangan atau dihidangkan sebagai snek Raya. Love Letters boleh didapati dalam tiga perisa: Coklat, Strawberi dan Vanila. Dapatkannya di kedai serbaneka dan pasar raya besar terdekat anda atau dalam talian di kedai rasmi Julie’s di Shopee dan Lazada. Untuk mengikuti perkembangan terkini tentang promosi, peraduan dan aktiviti Julie’s, kunjungi laman web kami atau ikuti kami di Facebook di www.facebook.com/JuliesBiscuits dan Instagram di www.instagram.com/juliesbiscuits.

Untuk menonton Filem Hari Raya Julie’s sebelum ini, klik pada pautan di bawah:

Untuk resepi kuih raya menggunakan Julie’s Love Letters klik pautan di bawah: https://www.julies.com.my/recipes/