Siakap Keli
piala dunia indonesia vietnam
Gambar: PSSI

Kelayakan Piala Dunia: Indonesia Lakar Hatrik Menang 3-0 Ke Atas Vietnam

Kelayakan Piala Dunia: Indonesia Lakar Hatrik Menang 3-0 Ke Atas Vietnam

HANOI — Skuad bola sepak Indonesia berjaya melakar kemenangan ke atas Vietnam dengan keputusan 3-0 di Stadium My Dinh dalam perlawanan keempat Kumpulan F pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Memetik Stadium Astro, ia merupakan kemenangan ketiga berturut-turut skuad Garuda itu ke atas skuad Golden Star Warriors.

Dalam perlawanan tersebut, Jay Idzes membuka tirai gol Indonesia pada minit ke-9 selepas berjaya menanduk masuk bola ke gawang gol Filip Nguyen menerusi sepakan sudut.

Selang 14 minit kemudian, Ragnar Oratmangoen menambah derita tuan rumah dengan cemerlang menjaringkan gol kedua Indonesia.

BACA: Keadaan Padang SNBJ Belum Berada Pada Tahap Terbaik

Gambar: PSSI

Meskipun bermain pada bulan Ramadan, Ramadan Sananta menceriakan kem Indonesia dengan gol ketiga sekaligus mengunci kemenangan penuh bergaya pelawat.

Lebih manis, gol itu merupakan gol pertama Oratmangoen untuk Indonesia sejak dinaturalisasikan pada 18 Mac. Pemain itu juga kemarau gol buat dalam mana-mana perlawanan sejak 2021.

Anak-anak buah Shin Tae-yong berada dilandasan terbaik untuk layak ke peringkat seterusnya selepas menduduki tempat kedua kumpulan F dengan berjaya mengumpul tujuh mata.

Manakala Iraq menghuni tangga teratas kumpulan itu dengan 12 mata selepas lima perlawanan.

BACA JUGA: Solat Isyak Secara Berjemaah Dapat Ganjaran Qiyam Lailatul Qadar? Ini Penjelasannya

Lubuk kemenangan Indonesia

Sebelum ini, skuad Garuda berjaya menewaskan gergasi ASEAN itu dengan gol tunggal di Stadium Gelora Bung Karno.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Egy Maulana Vikri pada minit ke-57 dalam aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Kemenangan itu menyaksikan Indonesia memanjat ke tangga kedua Kumpulan F dengan empat mata, dua mata di belakang pendahulu, Iraq.

Pada Januari lalu, jaringan penalti ketua pasukan, Asnawi Mangkualam berjaya membawa Indonesia menewaskan Vietnam 1-0 dalam Kejohanan Piala Asia Qatar.

Sumber: Stadium Astro

BACA JUGA: Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber Malaysia Berpotensi Jadi Destinasi Antarabangsa – PM Anwar

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?