Siakap Keli
Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber Malaysia
Gambar: Bernama

Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber Malaysia Berpotensi Jadi Destinasi Antarabangsa – PM Anwar

Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber Malaysia Berpotensi Jadi Destinasi Antarabangsa – PM Anwar

CYBERJAYA, 26 Mac (Bernama) — Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) Malaysia berpotensi menjadi destinasi antarabangsa untuk menangani ancman siber, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata pusat itu yang dilancarkan hari ini boleh menjadi medan pertemuan antara universiti Malaysia dan Kanada, institusi penyelidikan dan pekerja mahir untuk berkongsi pengetahuan, maklumat ancaman dan membangunkan bersama kaedah dan strategi untuk memperkukuh daya tahan siber negara dan serantau.

Gambar: Bernama

“CCoE adalah satu pencapaian penting dalam usaha kita ke arah mewujudkan ekosistem keselamatan siber yang teguh, yang memerlukan perkongsian kukuh merentas sektor awam dan swasta.

“Kita boleh bekerjasama untuk membangunkan rancangan yang menggalakkan perkongsian maklumat dan pertukaran kepakaran antara agensi kerajaan, dan pihak berkepentingan lain termasuk berkongsi maklumat ancaman yang boleh diambil tindakan ke arah persekitaran digital yang lebih selamat,” kata beliau dalam ucapannya selepas merasmikan pusat kecemerlangan itu, di sini, hari ini, secara kerjasama dengan Blackberry Ltd.

BACA: Polis Hantar MPV Pantau Parkir Kenderaan Di BORR

Majlis hari ini merupakan susulan daripada perjanjian perkhidmatan perisian jangka panjang yang dimeterai antara syarikat perisian Kanada itu dengan Malaysia semasa Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di San Francisco pada November tahun lepas.

Sumber:BERNAMA

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?