Siakap Keli
Sumber : BERNAMA

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Jemput Anda Ke Satu ‘perjalanan Citarasa’ Yang Hebat Sempena Ramadan Dan Raya Ini

The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia Jemput Anda Ke Satu ‘perjalanan Citarasa’ Yang Hebat Sempena Ramadan Dan Raya Ini

Kuala Lumpur, 25 Mac 2024 – Sempena sambutan Ramadan dan Raya ini, marilah kita meraikan kekayaan warisan budaya kita bersama The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, yang telah menyatukan citarasa dan warisan budaya tempatan bagi menggamit memori lama serta mencipta kenangan indah yang sukar dilupakan!

Ketua Pemasaran & Inovasi The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, Fiona Rodrigues, berkongsi keterujaan tentang pelancaran itu. “Sambutan Ramadan dan Raya mempamerkan penghargaan yang mendalam terhadap tradisi dan warisan kita. Tahun ini, kami sangat teruja untuk menawarkan pelbagai perisa inovatif bagi meraikan budaya Malaysia sambil menjemput pelanggan menyertai satu ‘perjalanan citarasa’ baharu bersama kami,” kata beliau. Tambah beliau lagi: “Di The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, kami percaya setiap cawan adalah ‘pintu masuk’ ke pengembaraan baharu – tidak kira perisa ataupun pengalaman, untuk dinikmati bersama rakan karib, keluarga atau bersendirian. Kami teruja untuk mempersembahkan ‘simfoni perisa’ yang bukan hanya meraikan budaya Malaysia tetapi juga menyemarakkan semangat penerokaan dan rasa ingin tahu.”

coffee bean

Sempena Raya ini, alamilah kekayaan perisa dengan minuman buatan tangan kami, yang disemarakkan lagi dengan campuran rempah-ratus yang unik. The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia membawakan Raya Spiced Latte (panas / ais) (kecil RM16.50, biasa RM17.50) dan kegemaran bagi pencinta teh, Chai Latte (panas / ais) (kecil RM14.60, biasa RM15.60), kini kedua-duanya tersedia di kedai.

Dengan berinspirasikan tradisi dan juadah Malaysia yang tersendiri, kami menyatukan kegemaran klasik dengan inovasi baharu yang hebat. Cubalah Spaghetti “Mee Siam”, hidangan mee klasik yang dipermodenkan, atau Kapitan Pizza dengan sos Kapitan yang kaya dengan rempah-ratus unik.

Jamuan Ramadan tidak sah kalau tanpa pemanis! Jadi, kami membawakan Butterscotch Swirl dan Salted Sea-C yang menyatukan kemanisan coklat dan kemanisan karamel, ideal untuk dikongsi atau dinikmati sendiri. Jangan terlepas juga untuk menikmati pencuci mulut yang berinspirasikan warisan budaya kita – The Cendol, pemanis klasik Malaysia, Pineapple Tart kami yang diberi nafas baharu, dan The Straits yang disukai ramai!

*Untuk menu penuh, sila rujuk helaian fakta di hujung siaran akhbar.

 Nikmati hidangan musiman ini dengan promosi Raya Dessert Promo kami. Bermula dari 17 hingga 30 April, setiap pembelian  minuman tangan kami akan disertakan dengan diskaun 50% pencuci mulut Raya**.

** Tertakluk terma dan syarat.

Untuk lebih maklumat tentang tawaran, berita dan promosi terkini daripada The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia, layari laman Facebook kami di www.facebook.com/CBTLMalaysiaPage, akaun Instagram @coffeebeanMY, akaun TikTok @coffeebeanMY, atau laman web rasmi www.coffeebean.com.my.

Lembaran Fakta The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia – Menu Raya 2024

“Mee Siam” Spaghetti

coffee bean

Mulakan ‘pengembaraan citarasa’ tempatan dengan Spaghetti ‘Mee Siam’ kami. Seperti namanya, ia merupakan hidangan klasik yang dipermodenkan, bagi meraikan kekayaan kulinari di Malaysia.

Dijual pada RM21 setiap satu.

Kapitan Pizza

coffee bean

Nimkati perisa berani dengan Kapitan Pizza kami, dengan setiap gigitan menampilkan ayam cincang berperisa dan sos Kapitan istimewa kami yang kaya dengan rempah ratus.

Dijual pada RM26 setiap satu.

Butterscotch Swirl

coffee bean

Saduran butterscotch dan coklat karamel masin membentuk inti pastri enak ini, lengkap dengan muesli buah dan kacang yang rangup.

Dijual pada RM7.50 setiap satu.

Salted Sea-c

Coklat, karamel, dan garam laut mewujudkan satu dimensi perisa yang unik dan menambat selera.

Dijual sebiji (RM149/1.5kg) atau dalam kepingan (RM14.90/setiap keping).

The Straits

Warisan dan tradisi adalah kebanggaan kami. Nikmati The Straits – kek Pandan tradisional, dirancakkan dengan Gula Melaka dan diperkaya dengan krim dan keju mascarpone.

Dijual sebiji (RM149/1.6 kg), saiz kecil (RM55/0.6 kg) atau dalam kepingan (RM14.90/setiap keping).

The Cendol

Berinspirasikan pencuci mulut Malaysia yang tidak asing lagi bagi kita. Ceriakan hari anda dengan lapisan santan, kacang merah manis, dan jeli cendol yang begitu lazat sekali!

Dijual sebiji (RM149/1.7 kg) atau dalam kepingan (RM14.90/setiap keping).

Pineapple Tart

Potongan buah nanas, dengan campuran kacang tanah hancur dan kepingan badam. Rangup lagi sedap!

Dijual sebiji (RM149/1kg) atau dalam kepingan (RM14.90/setiap keping).

Nurul Naqiyah