Siakap Keli
airasia melancong tanpa had
Gambar: Bernama

Hanya Bayar RM99 Sebulan, AirAsia Tawar Pas ‘ASEAN Unlimited’ Tanpa Had

Hanya Bayar RM99 Sebulan, AirAsia Tawar Pas ‘ASEAN Unlimited’ Tanpa Had

Seperti yang kita ketahui, syarikat penerbangan AirAsia Sdn Bhd merupakan salah satu penerbangan tempatan yang popular dalam negara.

Bukan sahaja menawarkan harga tiket mampu milik, ia turut memberikan pengalaman penerbangan yang cukup ‘awesome’ kepada pelanggan mereka.

Baru-baru ini pada 25 Mac 2024 (Isnin), AirAsia telah melancarkan AirAsia MOVE (dahulunya airasia Superapp) dengan menawarkan pelan pas perjalanan tanpa batas atau Unlimited – Asean International Pass ke negara-negara ASEAN.

Dengan bayaran serendah RM99 sebulan selama 12 bulan (RM1,188), pelanggan dapat menikmati pelbagai tawaran diskaun eksklusif, termasuk penerbangan, hotel dan AirAsia Ride.

Bukan itu sahaja, mereka juga berpeluang untuk mendapat diskaun sehingga 50 peratus untuk tempahan hotel di luar negara.

Antara keistimewaan lain ialah boleh nikmati perjalanan AirAsia Ride percuma dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 1 & 2), dan diskaun RM2 untuk semua perjalanan menaiki AirAsia Ride.

Difahamkan, mereka yang membeli pas tersebut hanya perlu bayar cukai penerbangan dan add-ons sahaja setiap kali membeli tiket penerbangan.

Bilakah promosi ini bermula?

Menurut AirAsia, pas perjalanan tanpa batas ini boleh dibeli oleh pelanggan bermula 25 Mac 2023 hingga 31 Mac 2024 (11.59 malam).

Macam mana nak beli pas ini?

Gambar: AirAsia

Caranya mudah sahaja, apa yang perlu anda lakukan adalah muat turun aplikasi AirAsia MOVE hari ini dan klik pada ikon “Unlimited” untuk membeli.

Aplikasi ini tersedia di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

Selepas sahaja mendaftar, pelanggan akan menerima 5,000 AirAsia point. Ia boleh digunakan untuk menebus penerbangan, AirAsia Ride dan hotel.

Bayaran?

airasia melancong tanpa had
Gambar: AirAsia

Pembayaran Unlimited – Asean International Pass ini boleh dilakukan oleh pemegang dengan akaun Maybank, Public Bank, Ambank atau HSBC.

BACA: Ini Senarai 18 Lokasi Smartlane Yang Diaktifkan Menjelang Aidilfitri

Manakala pengguna BigPay juga layak mendapat pembiayaan pinjaman sebanyak RM106 sebulan selama 12 bulan, secara eksklusif pada aplikasi BigPay.

Lebih menarik, pemegang kad BigPay juga akan menerima potongan sebanyak RM50. Semua harga di atas adalah termasuk cukai.

airasia melancong tanpa had
Gambar: AirAsia

Berikut harga penuh pas mengikut setiap negara ASEAN;

  1. Malaysia (RM1,188)
  2. Thailand (8,888 Baht)
  3. Filipina (14,888 Peso)
  4. Indonesia (3,988,888 Rupiah)
  5. Singapura (SGD388)
  6. Negara lain (USD288)

Tarikh luput pas perjalanan

Pemegang pas ini mempunyai satu tahun tempoh pengaktifan bermula dari tarikh langganan (contoh: 25 Mac 2024 hingga 25 Mac 2025) dan harga Unlimited – ASEAN International Pass ini berharga RM1,188.

Walau bagaimanapun, tempahan penerbangan mesti dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum berlepas dan tertakluk pada tempoh embargo serta terma dan syarat lain.

Ketersediaan tempat duduk percuma bergantung kepada bekalan dan permintaan pada laluan tertentu.

Untuk maklumat lanjut tentang cara membeli Unlimited – Asean International Pass, klik di sini.

Sumber: AirAsia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?