Siakap Keli
Pokok Betik tanam dekat rumah
Sumber: @BoodakB, PuteraKe4

Ini ‘Bahaya’ Akar Pokok Betik Kalau Tanam Dekat Rumah Ramai Tak Tahu

Ini ‘Bahaya’ Akar Pokok Betik Kalau Tanam Dekat Rumah Ramai Tak Tahu

Bercucuk tanam adalah salah satu aktiviti yang paling digemari oleh rakyat negara ini. Pantang ada kawasan lapang dekat rumah, kita akan mengambil peluang yang ada untuk menyemai benih sayur-sayuran dan buah-buahan.

Bagaimanapun, ada sesetangah tumbuhan sebenarnya tidak sesuai ditanam berhanpiran kawasan rumah. Antara faktor-faktor yang perlu dilihat adalah saiz pokok tersebut apabila sudah dewasa dan juga fizikal batang pokok.

Selain itu, aspek seperti kemampuan akar pokok berkenaan untuk menjalar jauh juga perlu dipertimbangkan. Sekiranya diabaikan, pokok-pokok yang ditanam dikhuatir boleh mendatangkan kerosakan kepada struktur rumah.

Usah pelik jika anda melihat pokok betik selalu ditanam berdekatan atau bersebelahan rumah. Namun sebenarnya, tumbuhan ini tidak sesuai untuk ditanam berdekatan kediaman.

Ada sebab kenapa pokok betik tidak sesuai untuk ditanam

Sebenarnya tiada unsur mistik tetapi ia berkait dengan akar pokok betik itu sendiri. Untuk makluman, akar pokok betik bersifat besar dan menjalar di bawah tanah.

Sekiranya akar betik masuk ke bahagian bawah rumah atau longkang, ia boleh menyebabkan struktur berkenaan pecah dan rosak.

Menerusi satu perkongsian oleh PuteraKe4 di Youtube, beliau menunjukkan betapa besarnya akar pokok betik yang ditanam selama beberapa tahun.

‘Mempelawa’ haiwan-haiwan yang tidak diingini

Menurut pengguna laman X @BoodakB pula, menanam pokok betik juga akan menjemput kehadiran makluk perosak seperti tikus di bawah tanah.

Apabila jumlah tikus bertambah, risiko untuk haiwan pemangsa dan berbisa seperti ular ditemui berdekatan rumah anda juga akan meningkat. Sekiranya situasi itu berlaku, anda mungkin berdepan masalah berganda yang perlu diselesaikan segera.

Apa tidaknya, kehadiran makluk perosak seperti tikus dan haiwan berbisa seperti ular adalah berdekatan kawasan rumah boleh mendatangkan bahaya kepada penghuninya kelak.

Menurut @BoodakB lagi, jika anda ingin menanam pokok betik, sebaiknya tanam jauh daripada kawasan rumah seperti di kawasan kebun.

BACA: Sudah ‘Jatuh Cinta’, Pemuda Kongsi Keasyikan & Keindahan Panaroma Di Pakistan

Semoga bermanfaat.

Athirah

When nothing goes right, go left.