Siakap Keli
smartlane diaktifkan plus
Gambar: Sinar Harian/ ROSLI TALIB

Smartlane Di 18 Lokasi Kritikal Diaktifkan Seluruh Negara – PLUS

Smartlane Di 18 Lokasi Kritikal Diaktifkan Seluruh Negara – PLUS

PETALING JAYA — Laluan Smartlane di sebanyak 18 lokasi kritikal sepanjang lebuh raya di negara akan diaktifkan sebagai alternatif mengurangkan kesesakan trafik menjelang perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, lapor Sinar Harian.

Menurut Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaafar, pihaknya akan membuka lorong paling kiri yang sedia ada sebagai laluan tambahan.

Langkah ini bagi mengoptimumkan penggunaan semua laluan dan meningkatkan kapasiti lorong untuk mengurangkan kesesakan trafik di laluan kritikal lebuh raya.

Tambah Nik Airina, laluan tersebut juga telah ditambah baik bagi menampung peningkatan jumlah kenderaan.

“Di antara penambahbaikan tersebut adalah pemasangan lampu hijau berkelip untuk menunjukkan bahawa laluan SmartLane diaktifkan dan ia hanya akan diaktifkan pada waktu siang sahaja.

“Selain itu, PLUS turut menambah papan tanda peringatan pembukaan SmartLane di lokasi SmartLane yang telah dikenal pasti,” jelasnya dalam Taklimat Media Penambahbaikan SmartLane & Persediaan Operasi Lebuhraya PLUS Menghadapi Peningkatan Trafik Sempena Aidilfitri di Persada Plus pada hari ini.

Gambar: Sinar Harian/ ROSLI TALIB

BACA: “Anak-anak Mungkin Faham…” Hadapi Masalah Kewangan, Kisah Lebaran Sarah Buat Ramai Sebak

Ketua Pegawai Operasi PLUS Malaysia Berhad, Datuk Ir Zakaria Ahmad Zabidi, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintenden Khairul Azhar Ismail dan Pengarah Kanan JPJ Malaysia, Datuk Lokman Jamaan antara individu penting yang hadir dalam taklimat berkenaan.

Ujarnya, pada satu kilometer (km) sebelum Smartlane bermula, terdapat papan peringatan yang dipamerkan.

Manakala 200 meter menuju penamat laluan itu turut diletakkan papan berkenaan.

“SmartLane hanya boleh digunakan oleh kenderaan persendirian, penumpang untuk sementara waktu sebelum diarahkan untuk masuk semula ke laluan utama bagi meneruskan perjalanan mereka.

“Walau bagaimanapun, pengguna lebuh raya dilarang sama sekali untuk memandu di lorong kecemasan di lokasi-lokasi lain di mana tiada laluan SmartLane diaktifkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah JSPT, Khairul Azhar berkata sewaktu Smartlane diaktifkan, mana-mana individu tidak boleh menghalang kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan itu.

“Adalah satu kesalahan menghalang kenderaan lain menggunakan Smartlan yang telah diaktifkan dan tindakan akan diambil sekiranya laporan dibuat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?