Siakap Keli
Lelaki ulang-alik kerja
Gambar: Tangkap layar TikTok Reno

Lelaki Tak Kisah Ulang-Alik 270km Tiap Hari Pergi Kerja Demi Keluarga

Lelaki Tak Kisah Ulang-Alik 270km Tiap Hari Pergi Kerja Demi Keluarga

SHAH ALAM  — Kerana ingin tinggal bersama ahli keluarga, seorang lelaki sanggup ulang-alik sejauh 270 kilometer (km) setiap hari untuk bekerja di ibu kota Kuala Lumpur dari rumahnya di Felda Chemomoi, Pahang, lapor Sinar Harian.

Menurut lelaki yang mahu dikenali sebagai Reno, 31, perjalanan antara dua destinasi itu lazimnya mengambil masa sekitar dua jam 30 minit namun bergantung pada keadaan cuaca.

Tambah bapa kepada tiga anak itu, dengan menggunakan jalan pedalaman di kawasan Manchis-Telemong-Karak untuk ke KL,  jarak perjalanan sehala dari kediamannya adalah 135 km.

“Saya menetap di Taman Desa Baris di kampung yang bersebelahan dengan Felda Chemomoi, jadi tempoh perjalanan kadang-kadang tidak menentu.

“Kalau motor CC kecil, saya akan bawa dengan kelajuan maksimum 120 kilometer per jam (km/j) termasuk berhenti di hentian rehat dan rawat (R&R) sekitar satu jam 30 minit,” ujarnya pada Sinar Harian pad Selasa.

Sejak 2016, Reno telah berulang-alik dari rumanhnya di Pahang ke tempat bekerja di  kilang swasta di Keramat dengan menaiki motosikal.

BACA: Ini Senarai 18 Lokasi Smartlane Yang Diaktifkan Menjelang Aidilfitri

Sewaktu tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika Covid-19 melanda, dia tidak mempunyai pilihan selain menetap di Kuala Lumpur.

Berkongsi kisah itu, atas faktor kos sara hidup tinggi memandangkan hanya dia yang bekerja serta menanggung ahli keluarga lain, dia kembali melakukan perjalanan sejauh 270km sehari itu pada pertengahan 2023,

“Pada 2019 saya berkahwin, tapi jodoh tak panjang dan tiada anak. Jadi saya menetap di KL sendirian.

“Pada 2023 pula, saya menikah kali kedua dan mempunyai cahaya mata. Oleh itu, saya buat keputusan untuk menetap sahaja bersama anak dan isteri,” katanya.

Kos ulang-alik dari Pahang Ke Kl 

Reno mendedahkan bahawa dia menghabiskan sekitar RM600 untuk kos minyak petrol dan selenggara motosikal sahaja.

Sementara itu, RM400 untuk kos makanan, namun ia mengikut keadaan kerana kebiasaannya dia membawa bekal yang disediakan oleh isterinya.

“Saya akan servis motosikal jenama Yamaha 125zr ini empat hari sekali dan sebulan hampir dua kali tayar akan diganti,” jelasnya lagi.

Sumber: Sinar Harian 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?