Siakap Keli
messi usia bersara
Gambar: AFP

Messi Anggap Usia Bukan Faktor Untuk Bersara Dari Dunia Bola Sepak

Messi Anggap Usia Bukan Faktor Untuk Bersara Dari Dunia Bola Sepak

Lionel Messi memberitahu bahawa usia tidak mempengaruhi rancangannya untuk bersara dan akan bersama pasukannya sehingga dia tidak lagi mampu membantu mereka, lapor Mirror.

Bintang bola sepak dunia itu telah meninggalkan benua Eropah selepas menghabiskan berpuluh tahun bermain di Barcelona dan PSG.

Kini, beliau telah bermain dengan salah satu kelab bola sepak Amerika Syarikat iaitu Inter Milan. Ketika usia 36 tahun, beliau masih terus menghasilkan keajaiban dalam Major League Soccer (MLS). 

Messi bersama pesaingnya, Cristiano Ronaldo telah berkecimpung dalam karier bola sepak selama bertahun-tahun lamanya.

Antara soalan yang kerap ditanya orang ramai, khususnya apabila usia pemain-pemain tersebut sudah hampir mencecah 40-an adalah bilakah waktu mereka berdua akan menggantung but masing-masing.

Berbeza dengan pemain lain, pemain asal Argentina itu tidak meletakkan usia sebagai had untuknya berkecimpung dalam dunia bola sepak.

Baginya, selagi mampu menyumbang impak positif di padang bola sepak, beliau sangat teruja untuk terus bermain.

Messi telah memaklumkan perkara tersebut menerusi rancangan audio siar, Big Time Podcast yang disiarkan MBC baru-baru ini.

“Saya sendiri yang tahu bila saya tidak bermain dengan baik, tidak gembira dan tidak dapat membantu rakan sepasukan. Saya adalah pengkritik diri saya sendiri.

“Dan apabila saya rasa sudah tiba masanya untuk mengambil langkah itu (bersara), saya akan melakukannya tanpa memikirkan usia saya ketika itu.

“Jika saya rasa baik, saya akan cuba untuk terus bersaing, kerana ia adalah perkara yang saya suka dan saya tahu bagaimana untuk melakukannya,” katanya.

Sementara itu, Messi juga telah melengkapkan misi terbesar dalam hidupnya iaitu membantu pasukan kebangsaannya untuk merangkul Piala Dunia di Qatar pada 2022.

Beliau juga telah mendapat anugerah Ballon D’Or sebanyak lapan kali, sekaligus  mengukuhkan lagi legasinya dalam sejarah bola sepak dunia.

Sejak berpindah ke Florida, beliau menjadi pemain yang paling cemerlang sepanjang zaman. Kehadirannya telah menyebabkan Inter Miami meraih trofi ke-44 ketika Piala Liga 2023.

BACA: Bila Al-Quran Diturunkan, Malam Nuzul Al-Quran Atau Malam Lailatul Qadar?

Sumber: The Mirror

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma