Rumah Pakcik Dihiasi Lampu ‘Lip-Lap’ Solar Undang Perhatian
Kurang 10 hari lagi sebelum menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri, pelbagai persiapan raya mula dilakukan oleh seluruh umat Islam selepas hampir sebulan berhempas pulas bertarung melawan nafsu lapar.
Ada yang sudah mula memenuhi bazar malam bagi menyerbu pakaian raya dan ada juga yang sudah bersengkang mata membuat juadah rasa seperti kuih-muih untuk dihidangkan di hari raya nanti.
Selain itu, ada juga yang bermandi peluh di bulan Ramadan semata-mata untuk menghias dan membuat dekorasi dalam dan luar rumah. Itulah antara ragam yang sering kita temui setiap kali sambutan perayaan ini.
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan laman kediaman seorang lelaki dihiasi dengan lampu warna-warni hingga mencuri perhatian ramai.
Dalam klip tular di aplikasi TikTok itu, seorang lelaki dipercayai pemilik rumah terbabit menjelaskan lampu kelip-kelip ini tidak menggunakan sumber tenaga elektrik, sebaliknya menggunakan tenaga solar yang jauh lebih menjimatkan.
Lebih menarik, beberapa lampu yang membaluti pokok menghasilkan pelbagai bentuk seperti Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur, Payung, Wau Bulan dan banyak lagi.
Dari jauh, hiasan ini kelihatan jelas di tepi jalan bersebelahan Ice Blended Pakteh Kampung Sri Langkas, Puchong.
Ditanya mengenai adakah lampu tersebut akan dihidupkan setiap hari, lekaki itu memberitahu ia akan aktif secara automatik.
” Matahari hilang je, dia (lampu) hidup. Dia hidup sampai bateri habis. Kadang sampai pagi pun ada,” ujar lelaki itu.
Tambahnya, meskipun cuaca mendung, ia masih mampu mengecap tenaga solar kerana masih terdapat cahaya.
BACA: Tukar Dekat ATM Je, Ini Senarai ATM Terpilih Tukar Duit Raya Tahun 2024
Netizen Puji Rajin Hias Rumah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji kreativiti individu berkenaan dalam membuat dekorasi itu. Apatah lagi, bunga-bunga di halaman rumah kekal terjaga dengan rapi.
Malah, ada yang berseloroh mengaitkan kawasan kediamannya seolah-olah i-City Shah Alam kerana dipenuhi cahaya lampu.
Berikut antara komen daripada pengguna;
“Cantiknya deko rumah ni. Terasa kemeriahan nak raya,” kata salah seorang pengguna.
“Cantik. Kreatif betul,” komen seorang lagi pengguna.
@puchongviral 📍 Sebelah Iceblended Pakteh 📍 Kg Sri Langkas, Puchong Rumah dilutupi lampu solar pada waktu malam. #puchong #foodie #kgsrilangkas #puchongpermai #puchongperdana #puchongutama #puchongprima #pusatbandarpuchong #puchongjaya #puchongindah #puchongintan #bukitpuchong #batu14puchong
Sumber: TikTok @Puchong Viral