Siakap Keli
senarai atm duit raya
Gambar: Bernama

Tukar Dekat ATM Je, Ini Senarai ATM Terpilih Tukar Duit Raya Tahun 2024

Tukar Dekat ATM Je, Ini Senarai ATM Terpilih Tukar Duit Raya Tahun 2024

Pejam celik-pejam celik sudah masuk minggu ketiga kita berpuasa di bulan Ramadan. Waktu-waktu ini, tentunya ramai yang sedang sibuk menyiapkan persiapan baju raya, kuih raya, dekorasi raya termasuk penyediaan duit raya.

Meskipun tidak menjadi satu kewajipan, kehadiran duit mampu mengukir senyuman di raut wajah penerima khususnya golongan kanak-kanak di samping saling bermesra bersama sanak saudara yang sudah lama tidak bertentang mata.

Jadi, ramai yang ingin menyediakan helaian wang ringgit ini untuk diberikan kepada anak-anak dan tetamu yang berkunjung ke rumah.

Duit Raya Pun Boleh Tukar Di ATM

Terdapat dua cara untuk menukar duit raya, yang pertama ialah menukarnya di kaunter bank dan kedua adalah membuat penukaran di mesin ATM.

Kalau nak tahu, sekarang banyak jenis bank yang menyediakan perkhidmatan pernukaran duit raya menggunakan mesin ATM kepada orang ramai.

Maybank

Bagi Maybank, terdapat 72 cawangan bank di seluruh negara yang bersiap sedia menyediakan pernukaran wang khusus RM10 bagi Aidilfitri kali ini.

Pelanggan yang berhasrat untuk membuat penukaran wang kertas ini boleh pergi ke cawangan ATM terdekat yang telah ditetapkan bermula 1 hingga 9 April 2024.

BACA: Meriah, Peminat Ucap Selamat Tinggal Pada Gundam Gergasi Di Yokohama

Walau bagaimanapun, Maybank memaklumkan pihaknya menggunakan wang kertas kitar semula sebagai alternatif memastikan kelestarian dan pemuliharaan sumber.

Berikut adalah senarai cawangan ATM Maybank yang menyediakan perkhidmatan penukaran wang;

Gambar: Maybank
senarai atm duit raya
Gambar: Maybank

Bank Islam

Manakala bagi Bank Islam pula, pengguna boleh membuat penukaran wang tunai RM10/RM20/RM50/ RM100 mengikut cawangan bank yang telah ditetapkan. Penukaran wang kertas ini telah dibuka sejak 27 Mac 2024.

Berikut adalah senarai 10 cawangan bank Islam;

senarai atm duit raya
Gambar: Bank Islam

CIMB Bank

Sementara itu, orang ramai juga boleh menukar duit raya di 9 cawangan CIMB Bank yang tertera di bawah ini.

Berikut adalah senarai 9 lokasi mesin ATM CIMB Bank bagi penukaran wang kertas raya bermula 4 hingga 10 April 2024 di bawah;

Gambar: CIMB Bank

AFFIN Bank

Affin Bank pula menyediakan wang kertas RM10 dan RM50 di ATM/CRMs terpilih di seluruh cawangan di seluruh negara.

Penukaran wang kertas ini dibuka bermula 3 hingga 10 April 2024.

Had pengeluaran harian ialah RM5,000 tetapi tertakluk kepada had pengeluaran kad  dan ketersediaan wang kertas dalam ATM/CRMs.

Berikut senarai lokasi ATM/CRMs AFFIN Bank;

senarai atm duit raya
Gambar: AFFIN Bank
Gambar: AFFIN Bank
senarai atm duit raya
Gambar: AFFIN Bank
senarai atm duit raya
Gambar: AFFIN Bank
senarai atm duit raya
Gambar: AFFIN Bank

Sumber: Maybank, CIMB Bank, Bank Islam, Affin Bank

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?