Aksi Newcastle, Everton Dihentikan Seketika Untuk Pemain Muslim Berbuka Puasa
ENGLAND — Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Newscastle United dan Everton dihentikan pada minit ke-20 bagi memberi laluan kepada pemain Muslim berbuka puasa, lapor Daily Mail UK.
Difahamkan, perkara itu dilakukan bagi menghormati beberapa pemain Everton seperti Amadou Onana, Idrissa Gueye dan Abdoulaye Doucoure yang berpuasa pada bulan Ramadan ini.
Dalam perlawanan berkenaan menyaksikan pemain pelawat berada di garisan tepi padang bagi mengambil masa untuk makan sebentar.
Momen itu nyata mendapat perhatian ramai terutamanya peminat liga bola sepak berkenaan di media sosial. Mereka memuji tindakan kelab dan liga itu kerana menghormati setiap agama.

Salah seorang yang berkongsi momen itu adalah Wartawan Leon Mann dalam satu hantarannya di platform X.
“Saya melihat pemain bola sepak Muslim berbuka puasa semasa perlawanan antara Newcastle dan Everton bersama anak-anak perempuan saya.
“Mereka sangat kagum dan berkata perkara itu sangat bagus,” tulisnya di platform itu.
Rata-rata warga maya menyifatkan ia satu tindakan terpuji dan wajar dijadikan contoh oleh kelab-kelab dan liga luar.
Bukan kali pertama berbuka puasa di EPL

Momen sebegini bukanlah kali pertama disaksikan oleh peminat termasuk pada Ramadan kali ini.
BACA: Cara Tukar Duit Raya Di ATM, Tak Sampai 5 Minit Selesai
Sebelum ini, perlawanan antara Aston Villa dengan Wolves juga dihentikan buat seketika bagi membolehkan Moussa Diaby dan Rayan Ait-Nouri berbuka puasa.
Pelawat berjaya curi 1 mata
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium St James’ Park, Newcastle membuka jaringan seawal minit ke-15 menerusi penyerang mereka, Alexander Isak.
Namun, pelawat berjaya menyamakan kedudukan di penghujung babal kedua perlawanan menerusi jarangan penalti Dominic Calvert-Lewin sebelum perlawanan berkesudahan seri.
Newcastle kini berada di tangga ke-8 liga dengan mengumpul 44 mata selepas 30 perlawanan manakala Everton pula di tangga ke-16 liga dengan mata kumpul 26.
Sehingga kini, The Toffees masih belum mencatatkan sebarang kemenangan dalam liga sejak kemenangan 2-0 ke atas Burnley sebelum Krismas.
Sumber: Dail Mail UK