Siakap Keli
pengasas kk mart agong
Gambar: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar/FB

Pengasas KK Mart Mengadap Agong, Mohon Maaf Isu Stoking

Pengasas KK Mart Mengadap Agong, Mohon Maaf Isu Stoking

KUALA LUMPUR — Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan telah mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bagi memohon maaf berhubung isu stoking yang tular beberapa minggu lepas.

Dalam hantaran Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan, sesi mengadap baginda berlangsung selama 15 minit di Istana Negara hari ini.

Difahamkan, pada sesi mengadap itu, Dr Chai memohon ampun dan maaf kepada baginda serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah ‘Allah’ di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.

Baginda bertitah menekankan semua pihak termasuk KK Mart supaya lebih berhati-hati terhadap produk yang dijual khususnya barangan import bagi mengelakkan perkara sedemikian berulang.

“Semua pihak mesti lebih bertanggungjawab. Jangan pisang berbuah dua kali dan saya harap ini kali terakhir saya perlu menegaskan perkara ini.

“Sekali lagi, saya tegaskan jangan ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas perkara ini, termasuk menghasut rakyat.  Saya tidak mahu perkara ini berlarutan,” titah baginda.

BACA: Aksi Newcastle, Everton Dihentikan Seketika Untuk Pemain Muslim Berbuka Puasa

Terdahulu, rangkaian kedai serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd telah tampil membuat permohonan maaf atas kesilapan penjualan stoking yang tular di media sosial.

Dalam hantaran yang ditujukan khususnya buat pelanggan yang beragama Islam, KK Super Mart turut memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

“KK Super Mart ingin memohon maaf di atas kesilapan penjualan stokin berjenama MiranoSock di cawangan KK Super Mart di Bandar Sunway pada hari ini.” tulisnya dalam kenyataan yang dimuat naik.

Sehubungan itu, KK Super Mart menzahirkan rasa kesal dan mengambil serius atas perkara ini. Pihaknya juga bertindak memberhentikan jualan stoking itu serta merta

“Kami kesal dan memandang serius akan insiden ini. Tindakan serta merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stokin tersebut,” katanya.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?