Siakap Keli
lelaki tak sempat maaf

Sebak, Lelaki Diselubungi Sesalan Tak Sempat Minta Maaf, Mak Ayah & 2 Adik Maut 30 Ramadan

Sebak, Lelaki Diselubungi Sesalan Tak Sempat Minta Maaf, Mak Ayah & 2 Adik Maut 30 Ramadan

Setiap kali tibanya Syawal, hati kita pasti akan rasa berbunga-bunga untuk menyambut hari perayaan itu bersama keluarga.

Perantau yang tinggal di kota-kota besar, berpusu-pusu pulang ke kampung untuk berkumpul bersama keluarga di pagi 1 Syawal.

Namun begitu, ada juga yang dirundung duka pada hari gembira tersebut. Begitulah kisah dan situasi yang terpakai dilalui seorang lelaki ini.

Khai, tidak pernah menyangka dia terpaksa menelan pahit apabila hilang semua ahli keluarga sekelip mata pada 30 Ramadan. Ibu, ayah dan dua adik-beradiknya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan.

Namun yang membuatkan Khai rasa terkilan dan menjadi penyesalan terbesarnya adalah dengan caranya melayani ahli keluarganya sebelum ini.

Selepas kehilangan semua insan tersayang, satu-persatu kisah silam datang menghantui Khai. Setiap hari, dia teringat dengan tingkah lakunya ketika melayani permintaan ibu, ayah, kakak dan adiknya.

Sejak kejadian itu, kalimat “Kalaulah aku…” selalu meniti di bibir Khai.

Sebenarnya, kisah di atas adalah tema yang diangkat oleh Ali Cafe menerusi satu iklan yang diterbitkan khas sempena Aidilfitri ini.

Kalau nak tahu, iklan ini bukan saja-saja dibuat, sebaliknya diinspirasikan daripada sebuah kisah sebenar supaya menjadi pengajaran kepada kita semua.

Lebih menarik, iklan ini turut menampilkan penyanyi terkenal, Khai Bahar selaku teraju utama yang membawa watak Khai.

Jalan ceritanya juga sangat menarik kerana mendapat sentuhan pengarah tersohor iaitu Osman Ali yang pernah mengarahkan filem-filem seperti Ombak Rindu, Jwanita dan Anak Halal.

Anda boleh tonton kisah penuh berkenaan menerusi video di bawah.

Menjengah ke ruang komen iklan yang dimuat naik di Youtube ini, rata-rata mengakui cukup tersentuh dengan kisah yang hendak disampaikan.

“Allahuakhbar sedihnya. Sebak rasa. Banyak sangat pengajaran iklan ni. Hargailah ibu bapa, adik-beradik dan keluarga tercinta selagi ada hayat mereka. Buat yang sehabis baik.Tahniah semua hebat dan meruntun jiwa. Mantap lakonan Khai,” kata @Lagendanovel.

“Turut bersedih. 30 Ramadan memang sentiasa di ingatan, perginya ayahanda saya buat selamanya. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin” komen @chewankhalilahchewanmuhame4103 yang kehilangan ayahnya di bulan Ramadan.

“Ya Allah berlinang air mata aku. Pengajaran ialah jangan mengeluh bila meminta tolong. Selagi masih ada tolong hargai saat yang indah dan berharga,” ujar @faizsarudin yang cukup tersentuh dengan mesej yang hendak disampaikan.

Apa pun, semoga mesej yang cuba disampaikan menjadi iktibar dan mengingatkan kita semua untuk melayani keluarga dengan lebih baik.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.