Siakap Keli
khairul aming xxl l
Kredit: X/Khairul Aming

Dari XXL Kepada L, Khairul Aming Kongsi Transformasi Menjelang Raya

Dari XXL Kepada L, Khairul Aming Kongsi Transformasi Menjelang Raya

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming sekali lagi menarik perhatian ramai selepas berkongsi tranformasi dirinya yang berjaya menurunkan berat badan.

Dalam hantaran di laman X, pengusaha Sambal Nyet itu memuatnaik video yang memaparkan keadaan dirinya yang kelihatan sangat berbeza daripada sebelum ini.

Video yang berdurasi 43 saat itu turut menampilkan beberapa orang rakannya dan mereka dipercayai sedang menggambil gambar pra-Aidilfitri.

BACA JUGA: “Mall” Jual Baju Raya Bawah RM300 Untuk 4 Sekeluarga, Top 5 Fesyen Tahun Ini Pun Ada

From baju raya XXL to L (Dari baju raya saiz XXL kepada saiz L),” tulis Khairul Aming pada ciapan terbabit.

Hantaran itu telah meraih pelbagai reaksi positif dalam kalangan warga maya.

Ada yang memuji pempengaruh tersebut dalam usahanya untuk mengurangkan berat badan dengan cara yang selamat dan konsisten.

That’s progress (Itu adalah satu pencapaian) wonderful subarashi (menakjubkan dan luar biasa),” puji pengguna @wilsonyimby.

“Uish handsome siot, by the way saya ada dua kakak single,” komen pengguna @xorgikai.

Selain itu, ada juga yang berseloroh kerana keadaan ini dilihat sebagai satu ironi buat seorang pempengaruh yang berkecimpung dalam dunia masakan.

“Terbalik dengan saya ni, Saya tahun lalu L sekarang XXL,” @tongkrongansepi berseloroh di ruangan komen. 

“Dah Tak Rasa Mengah,” Hilang 20kg, Khairul Aming Kongsi Perjalanan Turunkan Berat Badan

Sebelum ini, Khairul Aming berkongsi mengenai amalan pemakanan yang sihat dan perjalanannya menurunan berat badan tahun lalu.

Beliau dalam satu video yang dimuat naik di X berkongsi rahsia perjalanannya susut 20 kilogram (kg).

Dalam perkongsiannya, beliau mula mendapat kesedaran mengenai pengambilan makanan berkhasiat pada awal tahun lalu.

Ia selepas bajunya mula ketat dan mudah penat sewaktu berjalan. Susulan itu, Khairul Aming turut mula mengurangkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat.

Selepas itu, beliau turut mengambil pendekatan lain dengan pergi ke gim yang disediakan di kawasan rumahnya pada bulan Februari.

Sebulan kemudian, Khairul Aming mula memberanikan diri untuk pergi ke gim awam. Sehubungan itu, beliau mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat jurulatih peribadi bagi mempelajari cara penggunaan alatan di situ pada bulan April.

Meskipun sibuk berkongsi pelbagai resipi sepanjang umat Islam menyambut bulan puasa, dia memberitahu banyak menghabiskan waktu hariannya di gim dan menjaga pemakanan.

BACA: Ketahui Apa Itu “Embalming”, Proses Terhadap Jenazah Untuk Dibawa Pulang Dari Luar Negara

Sumber: Khairul Aming via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma