Siakap Keli
wanita racun rakan bersalin
Gambar: Asia One

Takut Kerjanya Bertambah, Wanita Didakwa Racun Rakan Sekerja Bakal Cuti Bersalin

Takut Kerjanya Bertambah, Wanita Didakwa Racun Rakan Sekerja Bakal Cuti Bersalin

Seorang wanita di China didakwa berniat jahat terhadap rakan sekerja yang sedang hamil selepas bimbang akan memikul kerja tambahan apabila rakannya cuti bersalin.

Dalam satu video berdurasi 11 minit yang tular di media sosial disana, wanita berkenaan dirakam bertindak menuang satu bahan seakan serbuk, dipercayai berbahaya kepada wanita hamil, dalam cawan minuman milik rakannya. Dia juga disyaki sudah bertindak demikian beberapa kali sebelum perbuatan tersebut terbongkar.

Menurut Asia One, mangsa mula menyedari ada yang tidak kena apabila beberapa kali mendapati air minuman yang diminumnya berasa sedikit pelik.

Wanita didakwa racun sekerja tengah hamil, takut kerja bertambah bila rakannya cuti bersalin

Pada mulanya, mangsa menyangka rasa aneh pada air tersebut mungkin berpunca daripada kualiti air yang disalurkan ke pejabat mereka.

Bagaimanapun, rasa aneh pada minumannya masih berkekalan biarpun dia beralih menggunakan air botol yang didihkan.

Apabila ada rakannya bergurau bahawa seseorang mungkin ada ‘mengusik’ air minumnya, mangsa mula merasa curiga.

Didorong rasa curiga yang kuat dan ingin tahu apa yang berlaku, mangsa secara senyap-senyap meninggalkan iPad dengan kamera terbuka di meja pejabatnya.

Perbuatan terbongkar menerusi kamera iPad yang ditinggalkan mangsa di mejanya

Selepas meneliti rakaman-rakaman yang diambil menerusi iPad itu, mangsa akhirnya berjaya menangkap pelaku yang bertanggungjawab ‘mengusik’ air minumannya selama ini.

Susulan kejadian itu, wanita berkenaan kemudian membuat laporan polis dan siasatan kes berkenaan dilaporkan masih berjalan.

Dalam pada itu, media di China melaporkan bahan seakan serbuk itu didakwa boleh menyebabkan wanita yang sedang hamil mengalami keguguran.

Menurut laporan media tempatan, pelaku bertindak demikian dipercayai kerana tidak mahu rakannya mengambil cuti bersalin hingga menyebabkan kerjanya bertambah.

Seorang peguam berkata, jika pelaku tersebut memang berniat untuk mendatangkan mudarat dan kecederaan kepada mangsa, pelaku boleh disabitkan dengan kesalahan jenayah.

BACA: Sembilan Maut, Ratusan Cedera Dalam Insiden Gempa Bumi Di Taiwan

Sumber:  AsiaOne

Sharifah Hannah Adibah