Siakap Keli
alas kaki kaabah
Gambar: Sinar Harian

11 Alas Kaki Dengan Corak Gambar Kaabah Dirampas Di Johor

11 Alas Kaki Dengan Corak Gambar Kaabah Dirampas Di Johor

Sebanyak 11 alas kaki dengan corak gambar Kaabah dirampas daripada sebuah pasar raya di Batu Pahat, Johor Bahru, sehari sebelum Aidilfitri, lapor Sinar Harian.

Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, rampasan dibuat dalam operasi selepas menerima aduan daripada orang ramai berkenaan penjualan produk berkenaan di pasaraya tersebut.

Ujarnya, operasi berkenaan dijalankan bersama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

“Sebelas unit alas kaki berkenaan dirampas ketika tindakan pemeriksaan dan pemantauan dilakukan pada Selasa iaitu sehari sebelum Aidilfitri.

“Pasar raya berkenaan juga sudah dipanggil bagi memberi kenyataan selain diberi amaran agar lebih berhati-hati terhadap produk agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat dan agama,” kata Mohd Fared seperti dilaporkan Sinar Harian.

Terdahulu, penjualan alas kaki bergambar Kaabah di sebuah pasar raya di Batu Pahat menjadi tular di media sosial sebelum Aidilfitri lalu.

“Kalau yang saya nampak ni macam gambar Kaabah, ingatkan sejadah, tapi untuk lap kaki…minta pandangan mata tuan-tuan pula…,” tulis pengguna yang berkongsi gambar alas kaki berkenaan di media sosial sebelum ini.

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.