Siakap Keli
RASUAH VIETNAM MATI
Gambar: AFP

Skandal Korupsi RM59 Bilion, Taikun Hartanah Vietnam Dijatuhi Hukuman Mati

Skandal Korupsi RM59 Bilion, Taikun Hartanah Vietnam Dijatuhi Hukuman Mati

Seorang taikun hartanah terkemuka Vietnam yang terlibat dalam salah satu skandal korupsi terbesar dalam sejarah telah dijatuhi hukuman mati, pada Khamis.

Menurut AFP, panel tiga juri dan dua hakim menolak semua hujahan pembelaan yang dikemukakan oleh tertuduh, Truong My Lan, 67, iaitu bekas pengerusi syarikat pemaju, Van Thinh Phat yang didapati bersalah menipu dana Bank Komersial Saigon (SCB) selama berdekad.

Jenayah yang dilakukan oleh Lan itu menyebabkan negara berkenaan menanggung kerugian dianggarkan berjumlah USD 27 bilion (RM128.75 bilion).

Selepas perbicaraan yang berlangsung selama lima minggu, selain Lan, 85 lagi tertuduh yang terlibat dalam skandal berkenaan turut dijatuhi hukuman atas pelbagai kesalahan termasuk korupsi dan salah guna kuasa.

Terlibat skandal korupsi terbesar di Vietnam, wanita dijatuhi hukuman mati

Empat daripada mereka berdepan hukuman penjara seumur hidup manakala yang lain dijatuhi hukuman penjara selama tempoh sehingga 20 tahun.

Manakala suami Lan yang merupakan seorang billionaire Hong Kong, Eric Chu Nap Kee dijatuhi hukuman penjara selama sembilan tahun.

Menurut AFP, Lan menggelapkan dana sebanyak USD12.5 bilion (RM59.61 bilion), namun pendakwaraya berkata nilai kerugian keseluruhan yang ditanggung Vietnam adalah sebanyak RM128.75 bilion.

Nilai tersebut menyamai kira-kira 6 peratus KDNK negara itu pada 2023.

Menerusi siasatan yang dijalankan, pihak berkuasa Vietnam juga menganggarkan kira-kira 42,000 orang menjadi mangsa secara langsung kepada skandal tersebut.

Lebih 4,400 orang ditahan dalam kempen membanteras rasuah dilancarkan Vietnam sejak 2021

Dalam pada itu, mahkamah turut mengarahkan Lan untuk membayar hampir keseluruhan kerugian yang ditanggung sebagai pampasan.

Lan dan tertuduh yang lain ditahan sebelum ini menerusi kempen membanteras kes korupsi dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan golongan elit di negara tersebut.

Kempen itu turut menyaksikan beberapa pegawai tertinggi kerajaan dan parti politik utama di Vietnam turut ditangkap.

Dianggarkan lebih 4,400 orang telah ditahan sepanjang kempen berkenaan yang bermula pada 2021 melibatkan lebih 1,700 kes.

BACA: Pelajar Malaysia Di Mesir Kumpul Hampir 200 Kitab Turath Ulama Alam Melayu

Sumber: AFP, CNN

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: