Siakap Keli
Cara kurangkan pijar cili kering
Gambar: Habibah

Pijar Sampai Menyengat, Ini Cara Kurangkan Kepedasan Cili Kering

Pijar Sampai Menyengat, Ini Cara Kurangkan Kepedasan Cili Kering

Makanan di Malaysia sememangnya tidak lari dari masakan pedas berasaskan cili. Ditambah pula dengan komuniti di Negeri Sembilan, yang sudah sinonim dengan masakan yang ‘menyengat’ bibir ini.

Tidak lengkap rasanya jika masakan tiada rasa pedas kerana rasa itulah yang membuatkan hidangan lebih ‘terangkat’ hingga membuatkan seseorang menambah nasi berpinggan-pinggan.

Tidak dinafikan sesetengah masakan memerlukan cili, oleh itu peti sejuk di rumah pastinya menyimpan bahan tersebut, sama ada yang sudah dikisar ataupun masih segar kemerahan-merahan.

Untuk cili yang sudah dikisar, anda tidak perlu bersusah payah kerana hanya perlu memasukkan ke dalam masakan sahaja.

Manakala bagi cili segar atau cili kering pula, ia sedikit remeh kerana anda perlu membasuh dan memotongnya terlebih dahulu sebelum digunakan sesuai dengan cara masakan.

Dah nama pun cili, tentunya pijar-pijar terasa di jari-jari setelah membasuh dan memotongnya.

Sebagai tukang masak, tentunya akan mengelak jika ingin membasuh dan memotong cili ini. Jadi, SK hari ini akan berkongsikan satu tip bagaimana untuk mengurangkan pijar cili di bawah.

Nak tahu dengan lebih lanjut, mari ikuti perkongsian Habibah via Port resepi viral di Facebook Kumpulan MENU@KAMPUNG di bawah. Semoga bermanfaat.

Tip kurangkan pijar cili kering

Gambar: Habibah

Tidak tahu la kenapa, sejak akhir-akhir ni, selalu terbeli lada kering yang pedas sangat.

Dia punya pijar dekat lidah tu, tidak boleh bawa bincang. Dah beli jenis yang kerinting pun sama.

Kurangkan lada pun pijar dia masih terasa. Kalau kurangkan terlalu banyak, tak menjadi la pulak sambal tumis. Warna tidak cantik. 

Sekali terbaca pasal petua rendam dulu lada yang terlalu pedas dalam air kapur.

Agak agak guna satu sudu kecil kapur untuk 20 hingga 30 batang lada dan rendam dalam 20 minit. 

BACA: “Boss, You Mahu Pergi KL Kan? Jangan Patah Balik..” Lelaki Kongsi Pengalaman Pulang Beraya Guna Jalan Tikus

Selepas itu, cuci bersih dan rebus.  Kemudian dah boleh guna macam biasa. 

Hasilnya, memang menjadi! Lada dah tak pijar menggigit. Sapa ada masalah lada kering yang terlalu pedas, boleh la cuba petua ni. 

#petuaDapur

Sumber: Habibah via Port resepi viral di Facebook Kumpulan MENU@KAMPUNG

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?