Siakap Keli
nadir misi gila
Gambar: Nadir Al-Nuri

‘Misi Gila’, Nadir Dedah Kisah ‘Watak Utama’ Bawa Pulang Keluarganya Dari Gaza 

‘Misi Gila’, Nadir Dedah Kisah ‘Watak Utama’ Bawa Pulang Keluarganya Dari Gaza

KUALA LUMPUR — Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman mendedahkan pengalamannya dalam membawa keluarga yang terperangkap di Gaza, sejak konflik yang tercetus sejak 7 Oktober lalu.

Muhammad Nadir dalam satu hantaran di Facebok mendedahkan dia telah terpisah dengan isteri dan anak-anak yang terkandas di Rafah.

Jelasnya, segalanya bermula apabila dia bertemu watak utama misi menyelamat kira-kira sebulan lepas di sebuah majlis di Shah Alam.

“Hati saya hanya Allah sahaja yang tahu, betapa seluruh jiwa ini tertinggal di bumi Gaza. Anak kecil, wanita dan keluarga berpindah-randah saat rumah kami juga habis dimusnahkan.

“Naik turun emosi bila dapat berita jiran, sahabat dan kaum kerabat kami di sana terkorban saban hari. Di sana setiap 10 minit satu jiwa akan syahid!

“Waktu malam adalah waktu yang sukar untuk memejamkan mata saat mendapat berita ada seluruh keluarga sahabat terkorban akibat bedilan regim yang memang mensasarkan orang awam.

BACA: Wanita Simpati, Nekad Bantu Tumpangkan Kanak-kanak Ke KL

“Kisah bermula saat Gaza sedang sengit berperang manakala keluarga saya berjaya mengharungi kepayahan dan sampai ke Rafah untuk menyelamatkan diri.

“Saya bersama sahabat merangkap kekanda kami, (Dr) Sani Araby MAPIM diberikan peluang bertemu watak utama misi menyelamat sebulan lepas di satu majlis di Shah Alam, beberapa hari sebelum beliau ke Berlin,”tulisnya di media sosial berkenaan.

Menurutnya, dia sempat memaklumkan kepada Dr Sani Araby bahawa keluarganya terkandas di Rafah dan dia hanya memberi respon ringkas iaitu ‘saya akan bantu’.

Meskipun luluh dengan reaksi tersebut namun dirinya tidak pernah menyangka bahawa individu berkenaan dalam diam berunding mahu membawa pulang keluarganya dari Rafah.

Gambar: Nadir Al-Nuri

Kongsinya lagi, sehari sebelum Aidilfitri, Setiausaha Politik Perdana Menteri Kesepuluh, Farhan Fauzi menjadi nadi dalam mengusahakan misi penting ini.

BACA: “Boss, You Mahu Pergi KL Kan? Jangan Patah Balik..” Lelaki Kongsi Pengalaman Pulang Beraya Guna Jalan Tikus

“Sejak awal peperangan beliaulah yang kerap menjemput kami ke pejabatnya di Putrajaya dan selalu menghubungi kami bertanyakan keadaan keluarga dan perkembangan di Gaza.

“Kali ini nadanya berbeza, agak serius dan beliau memaklumkan kami untuk datang ke satu lokasi khas. Saya dan (Dr) Sani saja dibenarkan ke sana! Allahuakbar. Ada apa pula ni? Saat sampai ada kenderaan hitam menanti. Risau juga macam dalam filem.

“Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan,” katanya.

Muhammad Nadir menggelarkan misi menyelamat itu sebagai ‘misi gila’ kerana baginya bukan mudah untuk membawa keluarganya keluar saat bedilan roket dan hentaman bom bertali-arus, malah ketegangan di sempadan juga berlanjutan.

Kongsinya, watak utama dalam ‘misi gila’ berkenaan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Namun secara senyap pemimpin negara menghubungi pihak sana, ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah yang lain.

“Prosesnya cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1001 cabaran tersirat. Kisahnya akan keluar satu demi satu tetapi tak semua saya berhak untuk kongsikan,” katanya lagi.

nadir kongsi keluarga gaza
Gambar: Nadir Al-Nuri

Dalam masa yang sama, Muhammad Nadir tindakan Perdana Menteri, Anwar Iibrahim dalam menyekat kemasukan kapal milik Israel ke pelabuhan negara, ketegasan menyatakan sokongan kepada Hamas dan pendirian Malaysia di Jerman baru-baru ini, membuatkan imej Malaysia disebut-sebut.

BACA JUGA: Paderi Australia Ditikam Sewaktu Lakukan Siaran Langsung

Ujarnya lagi, dia berharap negara akan terus bersatu membela nasib saudara di Gaza, menjadi jaguh di peringkat dunia dan berani mengiringi kata-kata dengan langkah di alam nyata.

Sumber: FB Nadir Al-Nuri

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?