Siakap Keli
Suspek Kes Tembak
Kredit; Sinar Harian

Suspek Kes Tembak Di KLIA: “Saya Perlukan Tujuh Peguam Wakili Saya”

Suspek Kes Tembak Di KLIA: “Saya Perlukan Tujuh Peguam Wakili Saya”

Suspek kes tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang dilapor dikenakan perintah tahanan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa.

“Saya perlukan tujuh orang peguam untuk mewakili saya,” ujar suspek terbabit selepas dikenakan tahanan reman tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian, perintah reman terhadap suspek berusia 38 tahun itu dilakukan di hadapan Majistret, Rais Imran Hamid.

Lapor portal berita itu lagi, reman terhadap suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Suspek turut dikenakan perintah reman bagi membantu siasatan Peraturan 25(1)(o) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara (PPPN) 1990 (memiliki kad pengenalan individu lain) dan Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (menggunakan nombor plat kenderaan palsu).

Reman terhadap suspek selama tujuh hari itu bermula 16 hingga 22 April ini.

Tembakan terkena pengawal peribadi isteri suspek

Sebelum itu, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu itu tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.25 pagi selepas dibawa menaiki black maria.

Menurut Sinar Harian, suspek turut dikenakan kawalan ketat oleh sepasukan polis dari Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Selepas selesai proses mengambil reman, suspek sekali lagi diiringi pihak polis keluar meninggalkan pekarangan mahkamah pada jam 9.45 pagi.

Terdahulu, lelaki berkenaan ditahan di hadapan sebuah hospital swasta kira-kira 300 meter dari IPK Kelantan di Jalan Bayam pada Isnin, jam 3 petang.

Semasa proses penahanan dibuat, telah terjadi satu pergelutan dan polis turut dijumpai sepucuk pistol jenis Glock 19 Austria berisi sebutir peluru hidup.

Sebelum itu, seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek mengalami cedera parah apabila tembakan dilepaskan mengenai perut mangsa.

Manakala isteri suspek yang dipercayai menjadi sasaran sebenar terselamat dalam kejadian tersebut.

BACA: Hanya Sempat Beraya Bersama Enam Hari, Dua Beradik Maut Kemalangan Dengan Lori Simen

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.