Siakap Keli
polis anak KPD lahad datu
Gambar: Bernama

Kematian Anak KPD Lahad Datu: Polis Rampas Sepucuk Pistol

Kematian Anak KPD Lahad Datu: Polis Rampas Sepucuk Pistol

Pihak polis merampas sepucuk pistol semi automatik jenis Walther P99 bagi membantu siasatan kematian anak Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu, Sabah, lapor Sinar Harian.

Walau bagaimanapun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain Jais memaklumkan tiada sebarang tangkapan dibuat mengenai tragedi berdarah itu.

Tambahnya, hasil siasatan pihak polis juga tidak menemui sebarang unsur jenayah.

‘”Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Tiada tangkapan setakat ini disebabkan tiada unsur jenayah membabitkan orang lain dalam kes ini,” ujannya hari ini.

Shahurinain menegaskan, proses siasatan berhubung kes itu masih dijalankan.

Bagi membantu siasatan,  tiga saksi sudah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kejadian dan idenditinya tidak didedahkan.

BACA: Tunku Mahkota Ismail Perkenan Kurniakan Rumput Baharu Kepada Stadium Nasional Bukit Jalil

Difahamkan, mangsa meninggal dunia berpunca daripada luka ekoran tembakan pada bahagian dada, selepas laporan bedah siasat dikeluarkan.

Katanya lagi. tembakan di bahagian dada kanan itu dipercayai turut terkena paru-paru dan tembus di bahagian belakang badan.

“Bedah siasat mendapati hanya ada satu kesan tembakan pada tubuh mangsa,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan anak perempuan KPD Lahad Datu maut dipercayai secara tidak sengaja tertembak diri sendiri menggunakan pistol milik bapanya di rumah mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu.

Pada jam 12.42 tengah hari, mangsa berusia 14 tahun itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik dalam rumahnya.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mangsa ditemui oleh kakaknya berusia 16 tahun.

Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di dalam biliknya oleh kakak mangsa sewaktu pulang dari sekolah.

Sewaktu kejadian, bapa mangsa tiada di rumah atas urusan perpindahan rumah di Kinabatangan kerana baru sahaja berpindah selepas dinaikkan pangkat.

Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: “Blackout Terus”, Minta Tolong Sunting Meter TNB Dalam Gambar Ja, Lain Pula Jadinya

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?