Siakap Keli
tengku zafrul afidavit
Kredit: BERNAMA

Tengku Zafrul Akan Failkan Afidavit, Betulkan Kesilapan Fakta

Tengku Zafrul Akan Failkan Afidavit, Betulkan Kesilapan Fakta

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi bagi memfailkan afidavit untuk membetulkan beberapa kesilapan fakta yang terkandung dalam afidavit yang difailkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Difahamkan, beliau telah mengambil langkah mendapatkan nasihat undang-undang yang sesuai ekoran namanya dikaitkan dalam afidavit yang difailkan Ahmad Zahid.

“Saya ingin menyatakan secara rasmi bahawa pada hari ini saya telah melihat Afidavit Tambahan No. 3 yang diikrarkan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi pada 9 April 2024 dalam prosiding undang-undang yang dimulakan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui Prosiding Semakan Kehakiman No. WA-25-136-04/2024.

“Saya telah mengambil langkah untuk mendapatkan nasihat undang-undang yang sesuai dan akan membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk meminta kebenaran bagi memfailkan afidavit saya untuk memperbetulkan beberapa kesilapan fakta yang terkandung dalam afidavit berkenaan.

“Pendirian saya bukan untuk mempertikaikan merit isu yang sedang berlangsung.

“Saya hanya ingin memastikan bahawa fakta sebenar direkodkan dengan betul supaya semua pihak, khususnya Mahkamah Tinggi, dapat menilai kesemua fakta material dengan sewajarnya,” ujarnya dalam satu ciapan di X pada Rabu.

Menurutnya, permohonan tersebut membolehkan keputusan yang adil dan saksama dibuat demi kepentingan semua pihak yang terlibat.

Sebelum ini, menerusi afidavit diikrarkan Ahmad Zahid pada 9 April lalu, beliau berkata Tengku Zafrul telah memaklumkan kepadanya berkenaan dengan Titah Adendum atau tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Titah tersebut membolehkan bekas Perdana Menteri menjalani tempoh pemenjaraan selama enam tahun di rumah.

Perkara itu dimaklumkan kepadanya pada 30 Januari lalu, ketika pertemuan di rumah Presiden UMNO berkenaan di Country Heights.

Sumber: @tzafrul_aziz/X

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana