Siakap Keli
cara tuntut hutang
Gambar: Bernama

Boleh Saman Si Peminjam, Ini Cara Tuntut Hutang Bawah RM5,000

Boleh Saman Si Peminjam, Ini Cara Tuntut Hutang Bawah RM5,000

Seperti yang kita tahu, proses dan aktiviti meminjam ini telah diamalkan sejak sekian lama lagi, bahkan dalam Islam juga mengharuskan seseorang untuk berhutang dalam keadaan tertentu.

Pinjaman boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti barangan dan juga wang ringgit melalui perbankan ataupun orang yang dikenali.

Kebiasaannya, ramai memilih untuk meminjam wang menerusi kenalan kerana proses yang jauh lebih mudah dan tidak memerlukan dokumen-dokumen berbanding pinjaman bank.

BACA: “Blackout Terus”, Minta Tolong Sunting Meter TNB Dalam Gambar Ja, Lain Pula Jadinya

Namun, kadangkala sesetengah peminjam terus lesap bahkan batang hidung pun tidak nampak setelah diberikan wang meskipun telah memperingati berkali-kali.

Sebagai pemberi, tentunya anda ingin menuntut semula duit yang telah diberikan kepada inividu terbabit.

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh menuntut kembali wang anda daripada mereka menerusi kaedah saman tuntutan kecil.

Menurut seorang peguam yang dikenali sebagai Nas Rahman dalam perkongsiannya di TikTok @nas.rahman, dia memaklumkan bahawa saman ini boleh dilakukan dalam jumlah hutang di bawah RM5,000.

Jelasnya, proses ini juga tidaklah terlalu rumit.

Langkah-langkah:

Gambar: Bernama

Pertama, anda boleh pergi ke kaunter mana-mana Mahkamah Majistret terdekat dan minta borang tuntutan kecil ataupun borang 198 secara percuma.

Kedua, isi borang tersebut. Pastikan maklumat seperti nama penuh dan alamat individu yang ingin disaman wajib ada (sekiranya mempunyai kad pengenalan lebih baik).

Seterusnya, saman tersebut akan dihantar ke alamat si penghutang. Individu terbabit perlu membuat pembelaan.

Jika individu terbabit gagal membuat pembelaan, dia akan terus dimasukkan ke muka penghakiman (ibarat menang kes).

Barulah langkah seterusnya boleh dilakukan.

Kata Nas Rahman lagi, saman ini pihak pendakwa hanya perlu mewakili diri sendiri dan tidak perlu menggunakan khidmat peguam. Ia secara tidak langsung memudahkan urusan.

Untuk lebih penjelasan boleh tonton video di bawah.

@nas.rahman

Ada sesiapa mempunyai member yang liat nak bayar hutang? Bila diminta, macam-macam alasan dia bagi dan sampai tahap lari dari kita kerana tidak mahu bayar hutang walaupun baru tukar sport rim. Jom ikuti perkongsian dari Peguam Nas Rahman bagaimana untuk membuat tuntutan melalui mahkamah! Kita mahukan keadilan! Penghutang bukan lagi member kita! #peguamnasrahman #peguamtiktok #learnontiktok #hutangharusdibayar #hutangwajibdibayar #samantuntutan #samantuntutankecil Nak tahu beza kes yang dirujuk di Jabatan Tenaga Kerja dan Mahkamah Perusahaan? Tonton sini @Nas Rahman Nak tahu cara failkan kes ke mahkamah perusahaan sekiranya ditindas majikan? Tonton sini @Nas Rahman

♬ original sound – Nas Rahman – Peguam Nas Rahman

Untuk makluman, video ini telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan dengan lebih 44,000 tanda ‘Suka’ dengan pelbagai komen daripada pengguna.

Sumber: TikTok @NasRahman

BACA JUGA: Detik Lucu Pelumba Moto3 Tertukar Motosikal Buat Ramai Terhibur

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?