Siakap Keli
bas rempuh 11 kenderaan
Gambar: Sinar Harian

Dipercayai Alami Masalah Brek, Bas Rempuh 11 Kenderaan 

Dipercayai Alami Masalah Brek, Bas Rempuh 11 Kenderaan 

Sebuah bas melanggar 11 kenderaan di persimpangan lampu isyarat selepas hilang kawalan akibat mengalami masalah brek, lapor Sinar Harian.

Kejadian berkenaan berlaku di Jalan Tan Swee Hoe-Jalan Kluang, kira-kira jam 10.40 pagi, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Tambahnya lagi, insiden itu membabitkan 12 kenderaan iaitu bas, dua buah lori serta sembilan kereta.

“Siasatan awal mendapati kemalangan ini berlaku disebabkan sebuah bas yang datang dari arah bandar Batu Pahat menghala ke Jalan Kluang telah hilang kawalan dipercayai kegagalan brek.

“Akibatnya, bas itu melanggar 11 kenderaan lain yang sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat. Kemalangan hanya melibatkan kerosakan semua kenderaan dan kecederaan ringan,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Sinar Harian.

Menurut Ismail lagi, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Terdahulu, tular video kamera papan pemuka berdurasi 34 saat menunjukkan sebuah bas merempuh kenderaan lain di persimpangan lampu isyarat di Batu Pahat.

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.