Siakap Keli
Gunung Ruang Di Sulawesi
Kredit: alfianrsdi via X

Detik-detik Gunung Ruang Meletus, Hasilkan Kilat & Suasana Menyeramkan

Detik-detik Gunung Ruang Meletus, Hasilkan Kilat & Suasana Menyeramkan

Gunung Ruang iaitu sebuah gunung berapai yang terletak di Kepulauan Sitaro, wilayah Sulawesi Utara dilapor meletus semalam.

Letusan gunung berapi yang menghemburkan lahar dan debut itu turut menghasilkan kilat, sekaligus mewujudkan suasana menyeramkan.

Susulan itu, Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia telah menaikan peringkat aktiviti Gunung Ruang dari Tahap II (Awas) kepada Tahap III (Amaran) pada Rabu.

Memetik laporan Kompas.com, keputusan untuk menaikkan tahap amaran itu dibuat selepas pemantauan mendapati aktiviti di gunung berapi berapi berkenaan terus meningkat.

Menurut Ketua Badan Geologi Kementerian Tenaga Dan Sumber Daya, Hendra Gunawan berkata aktiviti visual dan seismik Gunung Ruang sudah pun menunjukkan peningkatan yang ketara sejak Selasa lalu.

Tambah Hendra, kolum letusan cenderung untuk meningkat bersama debu dan bahan-bahan lain yang berpunca daripada letusan tersebut.

“Lontaran batu akibat letusan juga boleh mencapai jarak 5 kilometer di Pulau Tagulandang” ujarnya.

Dalam pada itu, bilangan gempa bumi gunung berapi turut meningkat dengan ketara, disertai gegaran gunung berapi menyebabkan amplitud berlebihan.

Tambah Hendra, kejadian itu menunjukkan proses keretakan batu di dalam gunung berapi bersama dengan aliran lava dari takungan ke permukaan sedang berlaku.

Pada masa yang sama, ia menghasilkan letusan letupan berselang seli dengan aliran lava.

Gunung berapi tersebut meletus beberapa kali

Memetik laporan Kompas.com, Gunung Ruang mengalami beberapa kali letusan dengan letusan yang berlaku pada Rabu mencapai ketinggian 2,500-3,000 meter dari puncak.

Letusan pada Rabu turut mencipta guruh dan menyebabkan beberapa kejadian gempa berlaku.

Rakaman gunung berapi meletus di Kepulauan Sitaro

Dalam pada itu, media sosial telah dibanjiri dengan hantaran video yang memaparkan gunung berapi sedang aktif, malah sedang mengeluarkan kepulan asap tebal dan hitam.

Antaranya, salah seorang lelaki memuat naik rakaman video gunung berapi sedang memuntahkan lava disertai kilat petir.

“Gunung Ruang Sulut 21:00” tulisnya di laman X.

BACA: Gempa Bumi Kuat Bermagnitud 6.3 Landa Jepun – MetMalaysia

Sumber: Kompas.com

Athirah

When nothing goes right, go left.