Gunung Ruang Meletus, MAS Batal Penerbangan KL-Sabah/Sarawak-KL Pada 18 April
MAS Airlines melalui satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan beberapa penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah/Sarawak dan dari Sabah/Sarawak ke Kuala Lumpur pada 18 April telah dibatalkan selepas Gunung Ruang di Indonesia meletus semalam.
Penerbangan-penerbangan yang terlibat adalah seperti berikut:
Dari/ke Sabah:
– MH7420 (KUL-TWU)
– MH7421 (TWU-KUL)
– MH2612 (KUL-BKI)
– MH2621 (BKI-KUL)
– MH2710 (KUL-SDK)
– MH2711 (SDK-KUL)
– MH2610 (KUL-BKI)
– MH2611 (BKI-KUL)
– MH7404 (KUL-BKI)
– MH7405 (BKI-KUL)
– MH2613 (BKI-KUL)
Dari/ke Sarawak:
– MH2520 (KUL-KCH)
– MH2513 (KCH-KUL)
– MH2542 (KUL-KCH)
– MH2543 (KCH-KUL)
– MH2574 (KUL-MYY)
– MH2575 (MYY-KUL)
– MH2742 (KUL-BTU)
– MH2473 (BTU-KUL)
Important Notice: Cancellation of flights on 18 April 2024 due to Mount Ruang volcanic eruption
Due to a volcanic eruption that occurred at Mount Ruang, Indonesia, Malaysia Airlines will be cancelling several flights to/from KL International Airport (KUL) to Sabah and Sarawak…
— Malaysia Airlines (@MAS) April 18, 2024
MAS batal penerbangan KL-Sabah/Sarawak-KL selepas Gunung Ruang meletus
Menurut MAS lagi, pihaknya akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa.
“Maklumat lanjut melibatkan penerbangan-penerbangan yang dibatalkan akan dikemas kini di sini (platform media sosial MAS) dan berhubung secara terus dengan penumpang yang terjejas,” kata MAS.
Pada masa sama, syarikat penerbangan berusaha untuk menampung para penumpang yang terjejas akibat pembatalan penerbangan kepada penerbangan alternatif sejurus keadaan bertambah baik.
Sementara itu, penumpang digesa untuk mengemas kini butiran nombor untuk dihubungi melalui My Booking di laman web Malaysia Airlines. Hal ini kerana untuk menerima kemas kini yang tepat dari masa ke semasa melalui e-mel dan SMS.
“Keselamatan penumpang dan anak kapal kami kekal penting kepada Malaysia Airlines,” ujar MAS lagi.
Kejadian letusan gunung berapi di Kepulauan Sitaro semakin teruk
Gunung Ruang iaitu sebuah gunung berapi yang terletak di Kepulauan Sitaro, wilayah Sulawesi Utara dilapor meletus semalam.
Letusan gunung berapi yang menghemburkan lahar dan debut itu turut menghasilkan kilat, sekaligus mewujudkan suasana menyeramkan.
Susulan itu, Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia telah menaikan peringkat aktiviti Gunung Ruang dari Tahap II (Awas) kepada Tahap III (Amaran) pada Rabu.
Memetik laporan Kompas.com, keputusan untuk menaikkan tahap amaran itu dibuat selepas pemantauan mendapati aktiviti di gunung berapi berapi berkenaan terus meningkat.
Menurut Ketua Badan Geologi Kementerian Tenaga Dan Sumber Daya, Hendra Gunawan berkata aktiviti visual dan seismik Gunung Ruang sudah pun menunjukkan peningkatan yang ketara sejak Selasa lalu.
BACA: Puasa Enam Syawal Tapi Tidak Puasa Penuh Ketika Ramadan, Ini Penjelasan Mufti
Sumber: MAS Airlines