Siakap Keli

Gunung Ruang Meletus: Senarai Penerbangan Air Asia KL-Tawau-KL, Tawau-KK-Tawau Yang Dibatalkan

Gunung Ruang Meletus: Ini Senarai Penerbangan Air Asia KL-Tawau-KL Yang Dibatalkan

Capital A melalui satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan beberapa penerbangan Air Asia dari/ke Malaysia Timur hari ini telah dibatalkan selepas Gunung Ruang di Indonesia meletus.

Senarai penerbangan (dalam format 24 jam) yang dibatalkan boleh dirujuk dalam infografik di bawah:

Menurut Air Asia, pihaknya sudah pun berhubung dan memaklumkan pembatalan penerbangan tersebut kepada para pelanggannya yang terjejas.

Bagaimanapun, pelanggan-pelanggan juga diseru untuk memeriksa notifikasi pembatalan yang dihantar melalui email dan nombor telefon berdaftar.

“Penumpang-penumpang Air Asia yang akan terbang ke/dari destinasi yang terjejas juga disarakankan untuk memeriksa status penerbangan masing-masing melalui airasia.com/flightstatus,” kata Capital A lagi.

Dalam pada itu, Air Asia memaklumkan pihaknya juga akan menawarkan dua pilihan iaitu Move Flight atau Credit Account kepada para pelanggannya yang terjejas dengan pembatalan ini.

Move Flight adalah penukaran sekali ke tarikh penerbangan baru dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerbangan asal ke destinasi yang sama tanpa sebarang kos tambahan. Bagaimanapun, pilihan ini tertakluk kekosongan kerusi.

Manaka Credit Account pula adalah mengekalkan nilai tempahan tiket penerbangan dalam Ganjaran Pelanggan Air Asia melalui akaun ahli untuk perjalanan di masa hadapan.

Ganjaran berkenaan boleh ditebus dalam tempoh 730 hari (2 tahun) bermula daripada tarikh yang diisukan.

Sumber: Capital A

Athirah

When nothing goes right, go left.