Siakap Keli
600 Unit Chery Omoda
Kredit: Chery Malaysia

Isu Tular: Chery Kenalpasti 600 Omoda 5 Berpotensi Terjejas, Dipanggil Untuk Pemeriksaan

Isu Tular: Chery Kenalpasti 600 Omoda 5 Berpotensi Terjejas, Dipanggil Untuk Pemeriksaan

Chery Auto Malaysia memaklumkan isu gandar rasuk belakang Omoda 5 milik seorang pelanggan yang dilaporkan rosak sebelum ini sudah pun berjaya diselaikan.

Menurut syarikat itu dalam satu kenyataan, susulan laporan yang dibuat oleh pelanggan tersebut, pihaknya telah meletakkan langkah berjaga-jaga melibatkan kederaan-kenderaan yang berpotensi terjejas.

“Isu yang dilaporkan oleh pelanggan kami di Facebook baru-baru ini sudah ditentukan sebagai kes terpencil.

“Kami berjaya menangani hal ini dengan menggantikan komponen gandar rasuk belakang dan melaksanakan ujian kawalan kualiti yang komprehensif terhadap kenderaan tersebut.

“Kami boleh mengesahkan bahawa hal ini sudah selesai,” katanya Cherry.

Chery dalam pada itu memaklum pihaknya turut berhubung dengan vendor alat ganti dan melaksanakan analisis terperinci.

“Kami kini dapat mengenalpasti sebanyak 600 unit Omoda 5 yang mungkin berpotensi terjejas akibat kerja-kerja menaik taraf di fasiliti kemudahan vendor tersebut.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, Chery Auto Malaysia akan menghubungi pelanggan berdasarkan nombor VIN yang terjejas untuk pemeriksaan terperinci bagi menyelesaikan isu komponen teknikal ini” kata kenyataan itu lagi.

Chery juga memberi jaminan bahawa tiada kenderaan lain yang terlibat dengan isu ini dan pihaknya sentiasa meletakan keselamatan pelanggan sebagai fokus utama.

Sebuah laman web yang membolehkan para pelanggan memeriksa sama ada kenderaan mereka terjejas atau sebaliknya juga akan disediakan.

Sementara itu, para pelanggan boleh menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Chery Malaysia +603-2771 7070 jika mempunyai sebarang pertanyaan.

BACA: Dipanggil Untuk Tukar, Naik Taraf CCU, Ini Senarai No. Chasis Yamaha NVX & R15M Terlibat

“Kami amat mengutamakan kepuasan para pelanggan. Chery Auto Malaysia berdedikasi untuk memastikan pihak kami menghasilkan kenderaan terbaik dan memberikan perkhidmatan cekap kepada para pelanggan,”.

Sumber: Chery

Athirah

When nothing goes right, go left.