Siakap Keli

Dakwa Muntah & Mulut Berbuih, JKNT Siasat Kes Lima Sekeluarga Dipercayai Keracunan Makanan

Dakwa Muntah & Mulut Berbuih, JKNT Siasat Kes Lima Sekeluarga Dipercayai Keracunan Makanan

Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang menjalankan siasatan berhubung isu keracunan makanan membabitkan lima mangsa yang menjadi tular di media sosial sejak Isnin lalu, lapor Sinar Harian.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong, isu berkenaan dalam pengetahuan dan siasatan pihaknya.

Tambahnya, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan susulan kejadian berkenaan.

“Kita menerima maklumat berhubung video tular dan perkara ini masih dalam siasatan kami.

“Berdasarkan siasatan awal terdapat lima orang terlibat dalam kes ini di mana empat daripadanya telah dimasukkan ke wad

“Bagaimanapun, semua yang terlibat dalam keadaan stabil,” jelas Dr Kasemani seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Lelaki tersebut dan anak sulungnya terselamat

Terdahulu, video yang dikongsikan oleh pemilik sebuah akaun menjadi tular di media sosial dan TikTok.

Menurut laporan Sinar Harian, video berkenaan memaparkan keadaan ahli keluarganya yang dikatakan mengalami gejala keracunan makanan, kemudian dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zhirah (HSNZ).

Video pertama berdurasi 26 saat yang dikongsikan oleh pengguna media sosial itu mendapat 729,000 tontonan serta 535 perkongsian.

Menerusi hantaran sama, lelaki itu menceritakan anak dan isterinya yang mengalami perubahan mendadak selepas menjamah kuih yang dibeli di pasar.

“Tadi anak ‘warded’, sekarang isteri pula. Saya dengan anak sulung jer tak makan. Anak nombor dua dah berlalak mata, muntah, mulut berbuih macam terminum racun.

“Selang lima minit si adik bongsu pula kena. Muntah dengan ‘pattern’ yang sama. Berbuih. Kebetulan masa tu saya balik sekejap ke rumah selepas ambil anak sulung balik sekolah.

“Balik jer tengok diorang dah hampir tak sedar dalam tandas. Memang cepat sangat benda ni terjadi dengan cirit-birit semua,” tulisnya.

BACA: Siap Jemput Cikgu-cikgu, Meriah Geng Ni Buat Reunion Di Sekolah & Kelas Lama

Sumber: Sinar Harian

Athirah

When nothing goes right, go left.