Siakap Keli
Lelaki Ditemui Mati
Kredit: Astro Awani

Mayat Lelaki Ditemui Mati Dengan Kesan 10 Tetakan, Seorang Individu Ditahan

Mayat Lelaki Ditemui Mati Dengan Kesan 10 Tetakan, Seorang Individu Ditahan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seorang lelaki berumur sekitar 30-an bagi membantu siasatan susulan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan parit besar di Lakeshore, Senadin, Miri, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP, Alexson Naga Chabu berkata mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap oleh orang awam sekitar jam 9.03 pagi.

Memetik laporan Astro Awani, pihak polis sudah berjaya mengenal pasti identiti mangsa.

“Mangsa pada awalnya diklasifikasi mati mengejut di tempat kejadian.

“Namun, pemeriksaan lanjut menemui enam kesan tetakan di bahagian kepala, dua kesan tetakan pada tapak tangan kanan, satu tetakan pada bahagian belakang badan serta satu kesan tetakan pada lutut sebelah kiri,” jelas Alexson seperti yang dilaporkan dalam Astro Awani.

Tambah Alexon lagi, mangsa yang berbangsa Kayan berusia 57 tahun itu dipercayai diserang menggunakan objek tajam.

Sementara itu, suspek ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Setakat ini, pihak polis sedang mengenal pasti motif di sebalik serangan tersebut. Pada masa yang sama, polis juga sedang berusaha mengesan senjata yang digunakan suspek.

BACA: Pernah Cetuskan Tsunami Pada 1871, Ini 6 Fakta Mengenai Gunung Ruang 

Sumber: Astro Awani

Athirah

When nothing goes right, go left.