Siakap Keli
indonesia australia kumpulan a
Gambar: X/Indotransfer

Ini Cara Main Bola, Indonesia “Sondol” Australia Dalam Perlawanan Kumpulan A

Ini Cara Main Bola, Indonesia “Sondol” Australia Dalam Perlawanan Kumpulan A

DOHA — Skuad Bawah 23 (B-23) Indonesia mencipta kejutan selepas menewaskan gergasi Asia, Australia dalam perlawanan kedua Piala Asia B-23 di Stadium Antarabangsa Khalifa, sebentar tadi, lapor Stadium Astro.

Pada awal separuh masa pertama, Australia berpeluang berada di hadapan apabila dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-23 selepas bola terkena tangan pemain pertahanan Garuda Muda, Komang Teguh.

Bagaimanapun, penjaga gol Ernando Ari berjaya menidakkan gol skuad kendalian Tony Vidmar yang diambil oleh Mohamed Toure.

Sebaliknya, Komang Teguh menebus kesalahannya selepas memberikan sepakan penalti kepada pihak lawan dengan muncul wira pasukannya apabila mencetak gol tunggal perlawanan pada minit ke-45.

Meskipun serangan bertali arus Australia pada babak kedua, kekebalan tembok pertahanan Indonesia berjaya menyerap segala asakan dengan mudah.

Gol tunggal itu sudah cukup memberikan tiga mata berharga buat negara jiran itu sekaligus membuka peluang semula melangkah ke peringkat seterusnya.

Indonesia kini berada pada kedudukan tangga kedua dalam Kumpulan A dengan mengumpul 3 mata selepas satu kemenangan dan tewas 0-2 kepada Qatar dalam perlawanan pembukaan.

BACA: Wanita Ditangkap, Bawa Mayat Pakcik Ke Bank Untuk Buat Pinjaman

Semalam, Malaysia tewas 0-2 kepada Uzbekistan dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D, Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar .

Permulaan babak pertama, Harimau Muda bermula dengan baik menerusi sepakan bebas penyerang negara Luqman Hakim Shamsudin pada minit ke-2 namun sedikit melewati palang gol.

Bagaimanapun, kesilapan pemain pertahanan negara menghadiahkan sepakan penalti pada minit ke-11 selepas mengasari pemain lawan dalam kotak penalti.

Jasurbek Jaloliddinov tidak mensia-siakan peluang dengan membuka tirai gol perlawanan apabila mudah menewaskan penjaga gol Azim Al Amin sekaligus meletakkan Uzbekistan satu gol di hadapan.

Gol tersebut nyata mengubah corak perlawanan dengan menyaksikan skuad kendalian Timur Kapadze, semakin bernafsu untuk mencari gol.

Minit ke-83,  kesilapan pemain negara sekali lagi memakan diri apabila hantaran ke belakang yang kurang kemas dirampas pemain lawan sebelum ia dihukum dengan gol kedua perlawanan menerusi Ulugbek Khoshimov.

Gol itu sekaligus meranapkan impian Malaysia untuk sekurang-kurangnya mencari gol penyamaan dengan perlawanan berkesudahan dua gol tanpa balas.

Kekalahan ini menyaksikan Malaysia berada di tangga ke-4 Kumpulan D dengan tiada sebarang kutipan mata.

Sumber: Stadium Astro

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?