Siakap Keli
Tak Menangis Pisah Dengan Ibu, Budak Ni Siap Joget Depan Pagar Sekolah
Sumber: Ainna Azman via TikTok

Tak Meragam, Adik Comel Sakan Joget Depan Pagar Tak Sabar Nak Ke Taska

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tak Meragam, Adik Comel Sakan Joget Depan Pagar Tak Sabar Nak Ke Taska

Zaman sekarang, kebanyakan ibu bapa yang bekerja memilih untuk menghantar anak-anak ke rumah pengasuh atau taska. Dalam tempoh ini mereka terpaksa berkorban dan berpisah dengan anak-anak buat sementara waktu untuk keluar mencari rezeki buat keluarga.

Namun begitu bukannya bermakna ibu bapa, khususnya si ibu lepas tangan dan menyerahkan urusan anak 100 peratus kepada pusat asuhan.

Banyak juga karena anak yang perlu dilayan seawal pagi sebelum mereka dihantar ke pusat transit tersebut. Di pagi hari, ada anak-anak yang enggan bangun kerana sedang enak dibuai tidur yang nyenyak.

Ada juga yang tak mahu mandi dan menangis kerana perlu meninggalkan rumah seawal pagi serta berpisah dengan ibu masing-masing buat seketika.

Keadaan juga adakalanya boleh menjadi lebih rumit apabila tiba di depan pintu pagar pusat asuhan ataupun taska. Saat ini, ibu-bapa terpaksa berwaspada kerana ulah anak memang amat sukar dijangka.

Adik comel sakan joget depan pagar taska, mungkin tak sabar nak jumpa kawan-kawan

Ada yang tiba-tiba meragam walaupun pada mulanya elok sahaja ketika di dalam kereta, kan? Siapa yang tidak pernah mendengar tangisan merdu anak-anak setiap kali situasi ini terjadi?

Kadang-kala, keadaan ini juga mengundang rasa bimbang kepada ibu bapa. Yelah, setiap ibu bapa pasti tidak mahu fikir yang bukan-bukan atau menaruh syak wasangka, risau ada yang tidak kena dengan anak-anak di pusat asuhan tersebut.

Tidak dinafikan, pasti terselit rasa bimbang dalam diri ibu bapa setiap kali meninggalkan anak-anak di bawah jagaan orang lain. Lebih-lebih lagi dengan kerap beredarnya pelbagai berita penderaan kanak-kanak sehingga ada yang melibatkan kematian.

Namun, berbeza pula ceritanya dengan video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, (@ainnaazmannnnn) ini

@ainnaazmannnnn

Buat hal berjoget pulak depan sekolah🤣🤣 ikut awak la nakkk. #fyp #fypage #anakbijak #myson #sukajoget

♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

Dalam video itu, @ainnaazmannnnn berkongsi keletah anaknya yang kelihatan tidak sabar-sabar untuk hadir ke pusat asuhannya.

Malah, anaknya juga dilihat sakan berjoget sambil menggoyangkan kepada ke kiri dan ke kanan. Adik comel itu sempat menari buat seketika sebelum kehadirannya disambut oleh penjaga pusat asuhan tersebut.

Jelas, adik comel ini sangat selesa dan teruja untuk menempuh hari tersebut di sekolah. Mungkin tidak sabar untuk bertemu dengan rakan-rakan yang lain, kan?

Apa pun, tingkah laku itu sudah tentu melegakan hati si ibu.

BACA: Wanita Ditangkap, Bawa Mayat Pakcik Ke Bank Untuk Buat Pinjaman

Sumber: Ainna Azman via TikTok

Sharifah Hannah Adibah