Siakap Keli
Tular Rakaman Individu Buang
Kredit: Syed Muaz Syed Putra via Facebook

Tular Rakaman Puluhan Kampit Beras, Tepung & Sardin Didakwa Dibuang

Tular Rakaman Puluhan Kampit Beras, Tepung & Sardin Didakwa Dibuang

Tular sejak semalam beberapa keping foto dan video yang menunjukkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin didakwa dibuang di sebuah tapak pelupusan sampah di Rumpun Makmur, Kuala Krau di Pahang.

Berita mengejutkan itu mula mendapat perhatian ramai selepas dimuat naik oleh warga maya di pelbagai platform media sosial, termasuk di TikTok dan Facebook.

Berdasarkan video-video tersebut, dapat dilihat ada bahan-bahan makanan yang dibuang itu turut dibakar.

Keadaan itu juga ternyata mengundang perhatian warga maya dan meninggalkan komen pada hantaran tersebut. Mereka juga mendesak pihak berkuasa memandang serius dan menjalankan siasatan segera terhadap isu ini.

Dalam pada itu, pengguna media sosial juga mendakwa, ada pihak yang bertindak pantas membakar barang makanan berkenaan selepas ia menjadi tular.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan siapakah pihak yang bertanggungjawab membuang barang makanan itu. Motif tindakan tersebut juga tidak diketahui.

BACA: Wanita Ditangkap, Bawa Mayat Pakcik Ke Bank Untuk Buat Pinjaman

Sumber: Syed Muaz Syed Putra via Facebook, Musaniff Arka Al Qassimi via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.