Siakap Keli
suspek simbah air
Gambar: BERNAMA

Suspek Disyaki Simbah Air Panas Terhadap Lelaki Sindrom Down Sudah Ditahan

Suspek Disyaki Simbah Air Panas Terhadap Lelaki Sindrom Down Sudah Ditahan

Suspek yang disyaki menyimbah air panas terhadap seorang lelaki sindrom down sehingga melecur dalam lif di sebuah pangsapuri di Geortown, Pulau Pinang semalam sudah ditahan.

Pemangku Ketua Polis Barat Daya, DSP Jafri Md Zain berkata, pihaknya berjaya menahan suspek, seorang perempuan di rumahnya di Bayan Lepas kira-kira jam 9.00 malam tadi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda merbahaya,” katanya.

Wanita disyaki simbah air panas terhadap lelaki sindrom down dalam lif sudah ditahan polis

Beliau dalam pada itu turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak sesekali bertindak diluar batasan sehingga menjejaskan ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.

Terdahulu, rakaman CCTV insiden yang menimpa mangsa berusia 33 tahun itu menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian orang ramai.

Menurut BERNAMA yang memetik kenyataan Jafri semalam, melaporkan kejadian berkenaan berlaku ketika mangsa menggunakan lif tersebut untuk pulang ke rumahnya yang berada di tingkat 16.

Mangsa kemudiannya memaklumkan insiden tersebut kepada adik perempuannya kira-kira 9.20 pagi.

“Berdasarkan laporan oleh adik perempuan mangsa, mangsa mendakwa telah disimbah asid oleh seorang wanita ketika berada di dalam lif hingga melecur pada bahagian badan.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan. Pegawai perubatan kemudian mengesahkan mangsa melecur pada sebahagian depan dan belakang badan sebelah kanan disebabkan terkena air panas, bukannya melecur akibat terkena asid dan keadaannya kini dilaporkan stabil,” katanya.

Kata Jafri ketika itu, motif kejadian masih belum diketahui manakala mangsa pula tidak pernah bertegur sapa dengan suspek selain mereka juga tidak mengenali antara satu sama lain.

Menurutnya lagi, berdasarkan rakaman CCTV, hanya suspek dan mangsa berada di dalam lif itu ketika kejadian.

suspek simbah air

suspek simbah air

BACA: Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

Sumber: Polis Daerah Barat Daya

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.