Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Tempatan Disyaki Lindungi Sembilan Migran Ditahan

lelaki tempatan lindungi
Kredit: Bernama

KOTA BHARU, 24 Nov (Bernama) -- Seorang lelaki tempatan disyaki melindungi sembilan migran warga Myanmar ditahan selepas kereta dipandunya terbabas ketika cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Kampung Alor Pasir, Tanah Merah, Ahad lepas.

Iklan

Ketua Polis Daerah Tanah Merah Supt Mohd Haki Hasbullah berkata kenderaan jenis Hyundai Santa Fe itu dikesan pada 9.30 malam oleh sepasukan anggota risikan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Kuantan, Pahang yang menjalankan rondaan di sekitar Kampung Repek, Pasir Mas.

“Pemandu kereta itu bertindak memecut kenderaannya bagi mengelak daripada ditahan sebelum kenderaan itu terbabas berhampiran sebuah rumah di tepi jalan Kampung Alor Pasir, Tanah Merah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemeriksaan mendapati kereta itu dipandu lelaki tempatan berusia 34 tahun dengan sembilan migran warga Myanmar terdiri daripada empat wanita berusia 25 hingga 47 tahun dan lima lelaki berusia 18 hingga 35 tahun berada di dalam kenderaan terbabit.

Mohd Haki berkata lelaki tempatan itu memiliki sembilan rekod lampau berkaitan kes narkotik dan tiga rekod jenayah manakala kesemua warga asing itu gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.

“Polis merampas kereta itu berserta kuncinya dan satu telefon bimbit. Kesemua tangkapan dan barang rampasan dibawa untuk tindakan serta siasatan lanjut mengikut Seksyen 55E dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.