Siakap Keli
sebab kapal terbang warna putih
Gambar: AFP

Ada Sebab, Rupa-rupanya Ini Sebab Kenapa Kapal Terbang Dicat Warna Putih

Ada Sebab, Rupa-rupanya Ini Sebab Kenapa Kapal Terbang Dicat Warna Putih

Seperti yang kita ketahui, kapal terbang berfungsi membawa penumpang dari satu tempat ke satu tempat menggunakan laluan udara. Bagi yang pertama kali menaiki kapal terbang, ia tentunya satu pengalaman yang baharu.

Lazimnya, kebanyakan kapal terbang dimiliki oleh pemilik syarikat penerbangan mempunyai pelbagai corak dan aneka warna tersendiri sebagai identiti.

Namun, perasan atau tidak, mengapa setiap kapal terbang menggunakan warna putih sebagai warna latar badan pesawat?

Pastinya ia mempunyai sebab kenapa badan kapal ini di cat dengan warna putih.

Sebab Kapal Terbang Dicat Putih

Gambar: Daniel SLIM / AFP

Menurut Aerotime Hub, terdapat beberapa faktor mengapa warna pilihan untuk kapal terbang adalah warna putih.

Menjimatkan kos

Jurucakap Boeing berkata kepada Telegraph Travel, penggunaan pelbagai warna pada badan kapal akan menambahkan beratnya.

Ini kerana ia mempunyai lebih banyak pigmen di dalamnya. Difahamkan, cat warna boleh menambah berat kapal terbang antara 273 dan 544 kilogram.

Menurut portal NZ Herald, perbezaan antara mengecat kapal terbang dan tidak, boleh menambah bersamaan lapan penumpang tambahan.

Selain itu, penggunaan skema warna putih pada semua kapal juga memudahkan urusan pemilikan kapal dari satu syarikat kepada syarikat baharu.

Secara tidak langsung, pihak syarikat tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menjual kepada pemilik baharu.

Mengesan keretakan dan kebocoran minyak

Gambar: JIJI / AFP

Jika terdapat kesan retakan atau kebocoran minyak pada badan kapal, warna putih adalah pilihan terbaik untuk proses mengesan perkara ini.

Pantul cahaya 

Selain itu, warna putih pada badan bertindak sebagai pemantul cahaya yang paling efektif. Ini kerana kapal ini terbang pada altitud tinggi dan terdedah pada cahaya matahari yang boleh menjejaskan kualiti warna cat.

Warna putih dapat mengurangkan kadar penyerapan haba kerana warna ini bersifat memantulkan berbanding warna yang lebih gelap.

BACA: Ingatkan Saja-Saja, Rupanya Ada Sebab Kenapa Kebanyakan Bahagian Bawah Kapal Warna Merah

Risiko serangan burung

Tahukah anda, warna putih pada kapal juga sebenarnya mengurangkan risiko serangan burung

Perkara ini dimaklumkan oleh Menkor Aviation dalam satu kenyataan.

“Kesan burung pada penerbangan adalah ancaman yang ketara dan kerap sehingga boleh mengancam keselamatan pesawat. Di Amerika Syarikat pada 2019, terdapat 17,228 kes perlanggaran antara sebuah kapal terbang dan burung.

“Warna putih membolehkan burung mengenal pasti dan mengelakkan ancaman dengan lebih baik.

“Manakala kombinasi warna yang lebih gelap mengurangkan kontras antara pesawat dan latar belakang visual, menjadikannya lebih sukar bagi burung untuk mengesan pesawat dan meningkatkan potensi serangan burung,” katanya.

Sumber: Aerotime Hub, India Times, NZHerald

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?