Siakap Keli
suspek jururawat pengsan
Gambar: Sinar Harian

Jururawat Pengsan: Polis Giat Buru Suspek

Jururawat Pengsan: Polis Giat Buru Suspek

KUALA PILAH  — Polis kini sedang memburu lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian pukul melibattkan seorang jururawat wanita yang ditemui tidak sedarkan diri di tepi Jalan Simpang Tiga Dangi, Johol pada Jumaat lapor Sinar Harian.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab, sewaktu kejadian mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah dari arah Hutan Percha sekitar jam 10 malam.

Sebaik tiba di lokasi, mangsa mengatakan telah dihimpit oleh sebuah kenderaan menyebabkannya memberhentikan kereta.

“Suspek berusia lewat 30-an dikatakan telah membuka pintu kereta mangsa, menariknya keluar dan menumbuknya di bahagian muka beberapa kali.

“Mangsa turut menyatakan telah dipukul dengan objek tumpul di bahagian belakang kepala,” ujarnya sewaktu dihubungi hari ini.

BACA: Tular Video Langit Dubai Bertukar Hijau Ketika Ribut Melanda Raih Perhatian

Siasatan juga mendapati tiada barangan berharga milik mangsa dilaporkan hilang. Susulan itu, kes berkenaan tidak diklasifikasikan sebagai rompakan sepertimana yang ditularkan.

“Pegawai perubatan mengesahkan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu kanan dan kepala.

“Dia stabil, tiada sebarang kesan kecederaan patah atau parah di mana-mana bahagian anggota badan.

“Polis kini giat mengesan suspek, motif dan punca kejadian sedang dikenal pasti.

“Orang ramai diingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini,” katanya lagi.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, seorang jururawat ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, tertiarap berhampiran keretanya dengan keadaan enjin masih hidup.

Berdasarkan laporan awal, mangsa yang berusia 30-an lengkap berpakaian uniform putih dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Durian Tunggal, Melaka setelah selesai bekerja.

Mangsa yang ditemui kemudiannya telah dihantar ke HTAN bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Walau bagaimanapun, polis masih mendapatkan keterangan lanjut daripada mangsa berhubung mengetahui kejadian sebenar.

Sumber: Sinar Harian

BACA JUGA: “Boss, You Mahu Pergi KL Kan? Jangan Patah Balik..” Lelaki Kongsi Pengalaman Pulang Beraya Guna Jalan Tikus

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?