Siakap Keli
gadis bertemu rakan tadika
Gambar: TikTik@enggak taudeh

Kuasa Viral, Gadis Bertemu Semula Rakan Tadika Setelah Lebih 15 Tahun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kuasa Viral, Gadis Bertemu Semula Rakan Tadika Setelah Lebih 15 Tahun

Rakan antara individu yang paling mengenali diri dan sering meluangkan masa bersama selain daripada kedua ibu bapa. Perkenalan antara rakan kadangkala bermula sejak di bangku sekolah lagi.

Hampir setiap hari, kita akan belajar, bermain, bersukan bersama-sama sehingga sudah mengetahui maksud di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan.masing-masing.

Bagaimanapun, selepas menginjak dewasa, ada yang terpaksa berpisah atau berpindah atas sebab-sebab tertentu dan mula menjalani kehidupan masing-masing, bahkan tiada khabar berita daripada insan tersebut.

Jauh di lubuk hati kita, tentunya timbul satu perasaan ingin tahu mengenai situasi yang dijalani oleh mereka pada ketika ini bukan?

Begitulah yang dilalui oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Dyna, 22, apabila dia kembali bertemu dengan rakan sekolah tadikanya, Taufiq selepas lebih 15 tahun.

Jelasnya, sewaktu masih di peringkat tadika, mereka berdua sering berduet dalam pertandingan menari dan berlakon.

Bagaimanapun, mereka terpisah dan tidak pernah berjumpa atau berkomunikasi selepas rakannya berpindah ketika masih berumur 6 tahun.

wanita bertemu rakan tadika
Gambar: TikTok@enggaktaudeh

Kata Dyna, 22, sewaktu dihubungi, dia berusaha untuk menjejaki kembali Taufiq, 22, di pelbagai platform media sosial namun bertemu jalan buntu.

“Bertahun saya cuba cari dia merata sosial media. Tapi tak jumpa sehingga buat keputusan untuk membuat hantaran di TikTok.

“Macam mustahil nak jumpa tapi mana tahukan kuasa TikTok betul-betul tercapai hasrat,” katanya kepada Siakap Keli.

Gambar: TikTok@enggaktaudeh

BACA: Wanita Kongsi Detik-Detik Cemas Angin Lintang Atas “Highway”

Seperti sudah tertulis, kedua-dua mereka kembali berkomunikasi antara satu sama lain selepas tali persahabatan terputus sekian lama.

“Tahu-tahu ada kawan Taufiq jumpa saya dekat TikTok, dan mak Taufiq ada komen dekat TikTok saya mengaku anak dan bersertakan gambar bukti kami semasa tadika dulu,” kongsi Dyana lagi.

Sementara itu, dia turut berkongsikan video susulan yang menunjukkan mereka berdua kembali bersua muka sejak kali terakhir bertemu ketika kecil selepas memuat naik satu hantaran sebelum ini.

Mejengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terharu melihat persahabatan yang sekian lama terpisah kembali terjalin semula.

Sumber: TikTok @enggaktaudeh

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?