Siakap Keli
pemuda murid merentas desa
Gambar: TikTok @kokshaf

“Open Table” Air Sirap, Warga Maya Puji Tindakan Pemuda Sediakan Minuman Murid Merentas Desa

“Open Table” Air Sirap, Warga Maya Puji Tindakan Pemuda Sediakan Minuman Murid Merentas Desa

Merentas desa merupakan acara yang diadakan secara tahunan oleh pihak sekolah yang mana, murid-murid sekolah rendah dan menengah akan berlari dalam satu jarak tertentu mengikut kategori yang dipertandingkan.

Kebiasaannya, ia akan dilakukan di sekitar sekolah dan trek laluan yang digunakan oleh pihak sekolah juga kadangkala melibatkan kawasan perumahan.

Disebabkan itu, terdapat sebahagian penduduk yang tidak melepaskan peluang melihat mereka berlari disamping memberi sokongan dan galakan di tepi jalan atau pagar rumah.

Baru-baru ini, tular satu klip yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @kokshaf memaparkan seorang pemuda di sebuah taman perumahan menyediakan air minuman kepada murid-murid sekolah rendah yang sedang melakukan aktiviti merentas desa.

Dalam video berdurasi 28 saat itu, seorang pemuda lelaki dipercayai bersama keluarganya meletakkan puluhan cawan air sirap di atas sebuah meja di hadapan rumahnya.

sediakan air murid merentas desa
Gambar: TikTok @kokshaf

Ketika murid-murid itu melalui kawasan tersebut, mereka sempat menyerbu hadapan rumahnya untuk mengambil minuman yang telah siap disediakan itu.

“Merentas desa datang lagi! Tahun ni mereka (panggil) Abang kan pakcik ni.

“Habis la tahun depan dia jamu sirap bandung cincau pulak. Tahun depan ada rezeki pakcik jamu air sedap sikit,” tulis kapsyen video berkenaan.

BACA: Tular Video Langit Dubai Bertukar Hijau Ketika Ribut Melanda Raih Perhatian

Netizen puji sikap pemurah 

Berlari dalam jarak yang jauh tentunya akan meletihkan sesiapa sahaja mudah dahaga. Tindakan penduduk kawasan itu sekaligus mendapat pujian ramai warga maya.

sediakan air murid merentas desa
Gambar: TikTok @kokshaf

Mana tidaknya, keluarga berkenaan sanggup menghidangkan air kepada mereka yang penat berlari.

Rata-rata netizen memuji dan mendoakan kebaikan yang dilakukan oleh keluarga berkenaan.

Malah ada juga pengguna yang turut berkongsikan pengalaman ketika melakukan aktiviti merentas desa suatu ketika dahulu.

“Terima kasi tuan dan keluarga. Semoga jasa dan budi, saya doakan agar Allah akan beri rezeki untuk jemput tuan sekeluarga ke rumahnya di Mekah. Insya-Allah,” komen salah seorang pengguna.

“Salah satu cara sedekah. Mudah tapi akan kekal dalam ingatan anak-anak ni semua,” tulis pengguna lain.

“Haha. Anak saya merentas desa tahun lepas, pelari tempat pertama mula-mula tu. Selepas itu ada orang bagi aiskrim siap boleh pilih-pilih. Dia pergi pilih aiskrim pulak terus jadi nombor tiga. Adoi la, tahun ni saya warning siap-siap,” kongsi pengguna lain sambil terhibur.

@

♬ –

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 350,000 tontonan dengan lebih 15,000 tanda ‘Suka’ dengan pelbagai komen daripada pengguna.

Sumber: TikTok @kokshaf

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?